Resepi Chicken Mushroom Puff


RESEPI CHICKEN MUSHROOM PUFF

Nota: Tiada sukatan yang tepat untuk resipi ini.

Bahan-bahan

  • 1 tin cendawan butang / straw di hiris
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • Sayuran kalau suka
  • Sosej atau isi ayam
  • 1 peket mushroom soup campbell
  • Sedikit susu cair atau air
  • Garam
  • Minyak

Cara Memasak

  1.  Panaskan kuali, masukkan minyak, masukkan bawang putih, cendawan, sosej atau isi ayam, sayuran. Kacau2 dalam 3 minit, kemudian masukkan susu cair dan serbuk mushroom soup Campbell atau boleh nak guna sos Prego.
  2. Rasa dulu kemudian jika perlu tambahkan garam, tambahkan. Terpulang nak kering atau sedikit basah. Biarkan ia kering, lebih mudah untuk sudukan atas puff pastry nanti.
  3. Ambil beberapa keping puff pastry. Potong 4, susun atas tray yg dilapik baking paper.
  4.  Sudukan inti atas puff pastry, kemudian ambik sekeping puff pastry tutup di atas inti tersebut.
  5. Ulang sampai habis.
  6. Panaskan oven, guna suhu 150degC atas bawah. Ikut kesesuaian oven masing-masing ye.
  7. Bakar selama 15min – 20min. Atau sehingga garing / masak. Bergantung pada oven masing-masing ye.
  8. Sapu susu cair bahagian atas dan separuh ditabur oregano di bahagian atas.
  9. Siap! Sedia untuk dimakan..

Kredit: Dani Shoppe


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini