•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kulit Ayam Crispy / Rangup

Siapa pernah makan Kulit Ayam Crsipy ni? Kat pasar malam banyak dijual ni. “KULIT AYAM CRISPY” memang enak!!! Murah pun murah. Sebab itu ia amat popular dikalangan yang suka pergi ke pasar malam.

Pada mulanya kami sangkakan yang ianya memang kulit ayam. Sebab tu kami macam sedikit ragu-ragu untuk makan. Sebabnya tau la kan kalau kulit ayam ni. Lemak memang confirm banyak la. Lagupun ia macam makanan yang kurang berkhasiat jer.

Tapi rupa-rupanya, bukan semua tu kulit ayam yang sebenar. Ia boleh juga dibuat menggunakan bahan seperti telur dan tepung. Kalau macam ni boleh la makan lepas ni.

Kami terjumpa satu resepi yang dikongsikan oleh pemegang akaun Twitter: @iamazwann yang diolah daripada tweet akaun daripada Indonesia kalau tak silap.

Ini resepinya…

Resepi Kulit Ayam Crispy / Rangup

Bahan-bahannya:

1. Telur dadar
2. Tepung berperisa (untuk goreng ayam kentucky tu)

Cara-cara penyediaan:

  • Mula-mula dadarkan (goreng) telur tu, pecahkan telur dalam 2 biji kemudian goreng sikit-sikit supaya nipis telur dadar tu.

  • Kemudian tepikan telur tu.
  • Lepas tu, tepung berperisa tu letak dalam 2 bekas. 1 campurkan dengan air, 1 lagi tiada air.
  • Tepung digunakan ni tepung adabi (anda mungkin boleh juga menggunakan tepung daripada jenama lain yang sesuai), lepas itu tambah serbuk cili adabi dan tepung biasa sikit.
Baca juga  9 Tips Masak Nasi Goreng Yang Ringkas Dan Sedap

  • Tambah garam sikit untuk memberi rasa sebenar.
  • Ok, sekarang sudah siap bahagian tepung.
  • Telur dadar tu dipotong macam dalam gambar. Resepi kali ini menggunakan 2 biji telur dadar, jadi dapatlah 12 potongan. Anda boleh juga menggunakan lebih telur untuk lebih kepingan Ayam Crispy.

  • Mula-mula celup telur dadar ni dengan tepung basah kemudian salutkan ia dengan tepung kering tu.
  • Bila dah siap semua proses celup tu, panaskan minyak. Minyak mestilah banyak sikit supaya senang untuk goreng.
  • Goreng dengan menggunakan api sederhana supaya ‘Kulit Ayam Crispy’ nya termasak rangup.
  • Sudah angkat, alaskan dengan tisu/kertas supaya minyak meresap situ.

Kemudian bolehlah dihidang panas-panas dan makan cicah dengan sos cili!! Serius sedappp! Macam Kulit Ayam Crispy jugak padahal bukan (Telur Dadar Crispy)

Selamat mencuba..!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini