•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pernah atau tidak anda menerima kunjungan rakan atau saudara mara ke rumah secara mengejut. Pasti perkara yang merungsingkan adalah apakah yang hendak dihidangkan kepada tetamu.

Kami di Oh Sempoi ingin mencadangkan supaya anda mencuba resepi ringkas dan cepat ini untuk menyediakan kuey teow cantonese versi kecemasan.

Tidak memerlukan bahan yang banyak dan pastinya bahan-bahan yang diperlukan yang biasanya mudah untuk diperolehi di kedai runcit berdekatan rumah anda.

RESEPI KUEY TEOW CANTONESE 

Bahan-bahan
– Kuey Teow
– Isi ayam/udang/sotong
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 kuib ayam jenama Knorr
– 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air panas
– 1 biji telur ayam
– Minyak masak
– Sos tiram
– Sayur
– Air

Cara-caranya

i- Panaskan sesudu minyak masak di dalam kuali.

ii- Masukkan kuey teow dan sos tiram dan gorengkan beberapa saat dengan api kecil. Kemudian keluarkan dan letakkan di dalam pinggan.

iii- Panaskan sesudu besar minyak dan tumiskan bawang putih yang telah diketuk dan dilenyek.

Baca juga  Resipi Ayam Percik Yang Paling Mudah dan Sedap.

iv- Masukkan segelas air dan rebus daging ayam/udang/sotong seketika.

v- Masukkan 1/2 kiub ayam Knorr.

vi- Apabila air sudah mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

vii- Masukkan sayur dan pecahkan sebiji telur ayam dan biarkan seketika.

Tuang kuah tersebut di atas koey teow yang telab disediakan tadi.

Menu Koey Teow Cantonese sedia untuk dihidangkan. Mudah sangat kan. Selamat mencuba.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini