•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nasi Goreng adalah resepi paling mudah dan menjadi kegemaran kaum ibu sebagai sarapan pagi terutama apabila ada lebihan nasi semalam. Walaupun memasak nasi goreng mudah, ringkas dan pantas, ianya tetap mempunyai tips dan cara istimewa untuk menyediakannya. Jom kami kongsikan resepi mudah dan ringkas untuk sediakan hidangan nasi goreng yang sedap dan lazat.

Resepi Nasi Goreng Memikat Hati

( Untuk 2-3org makan)

Bahan-bahan.

Nasi putih
Segenggam ikan bilis
3 biji telur
Sayur (kacang panjang pun sedap) kalau nak letak kangkung atau sayur lain pun boleh
Udang kering satu @ dua sudu kecil * (rahsia penyedap)
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
Cili padi* (ikut suka selera anda tetapi lagi pedas lagi sedap)

Nota: Bahan bertanda (*)..sila tumbuk ya..tumbuk menggunakan batu lesung tradisional lagi akan buatkan nasi goreng yang dimasak bertambah sedap…

Cara-Cara Penyediaan

  1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian masukkan telur. Biar telur sedikit masak kemudian kacau sehingga telur hancur. Angkat dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Tambah sedikit lagi minyak untuk menggoreng ikan bilis. Goreng ikan bilis sehingga garing. Pastikan tidak hangit ye. Angkat dan ketepikan juga bersama telur tadi.

Baca juga  3 Tempat Makan Sedap Di Ipoh 2018

3. Guna lebihan minyak ikan bilis tadi (tips ni)..masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga sedikit garing..Masukkan garam. Bagi pengguna perasa tambahan, bolehlah masukkan sedikit..Kemudian masukkan sayur.

4. Masukkan nasi putih. Boleh cerai-ceraikan nasi putih menggunakan tangan supaya nasi goreng nanti tidak berketu. Goreng nasi sehingga sekata semua bahan. Akhir sekali masukkan telur dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Sekali lagi, kacau sehingga sebati dan sekata.

Siap!

Nota : Kalau inginkan nasi berkilat, sebelum tumis bahan tumbuk tu, lebihkan sedikit minyak tetapi tidak terlalu banyakt…guna lebihan minyak goreng ikan bilis pun sedap juga..Lagi satu tips untuk dapatkan struktur Nasi Goreng yang cantik dan tidak berderai, pastikan nasi putih yang digunakan tidak panas dan terlalu lembik..

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini