Resipi Cucur Manis. Resipi Mudah Untuk Pikat Selera Makan Anak

resipi cucur manis

Waktu petang merupakan waktu kegemaran ibu-ibu di rumah untuk menyediakan menu ringkas minum petang. Sebelum anak-anak keluar bermain, eloklah kiranya mereka mengisi perut terlebih dahulu dengan juadah ringan oleh ibu tersayang.

Di Malaysia ini, ada pelbagai jenis cucur yang menjadi kegemaran ramai. Ada cucur udang, ada cucur jagung, ada cucur bilis. Cucur-cucut itu semua perlukan bahan tambahan.

Kali ini kami kongsikan resipi mudah untuk menyediakan Cucur Manis atau Cucur Kembung yang pernah viral sebelum ini. Cucur manis ini tidak perlukan bahan tambahan. Bahas asas yang ada di rumah pun dah boleh sediakan juadah ringkas ini.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas mendidih. Ini betul-betul mendidih ye, bukan suam-suam kuku.
  • 3 sudu gula
  • secubit garam secukup rasa

Cara Memasak Cucur Manis:

  1. Gaul sebati adunan tepung gandum dan air panas menggunakan senduk. Jangan pula menggunakan tangan, kang lain yang jadinya.
  2. Apabila adunan suam, bentukkan bulat-bulat menggunakan tangan. Nak guna sudu pun takde hal.
  3. Sapukan sedikit di adunan bulat tadi. Bukan apa, nak bagi nampak lain dan ‘flawless’.
  4. Panaskan minyak dalam. (deep fry).
  5. Masukkan adunan bulat tadi satu persatu. Jangan campak sekaligus, nanti melekat satu sama lain.
  6. Pusing-pusing adunan tadi dengan kerap supaya masak sekata.
  7. Agak-agak cucur dah garing dan masak, angkat dan toskan minyaknya.

Siap sedia untuk dihidang.

Cucur manis ini jika dimakan bersama sos cili Siam, fuhh memang makan bertambah-tambah.

Tips Untuk Dapat Bentuk Bulat Cucur.

Senang sahaja.

  1. Pastikan adunan telah suam, jangan bentukkan bulat-bulat semasa adunan masih panas atau terlalu sejuk.
  2. Sapukan sedikit air selepas ia dibentuk bulat-bulat.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini