Hari Raya Aidiladha tahun ini sudah pun berlalu. Semoga segala ibadah dan korban yang kita lakukan pada tahun ini akan diterima oleh Allah SWT.

Kami pasti, hari ini masih banyak stok daging korban di dalam simpan anda di rumah. Sekiranya tiada idea untuk memasak menu menggunakan daging korban tersebut, jom kami kongsikan Resipi Daging Bakar Thai oleh pemilik Koleksi Resipi Sedap.

Resipi Daging Bakar Thai

Bahan Perapan Daging:

-kicap manis
-sos tiram
-lada hitam ditumbuk
-sos ikan(Nam Pla)
-gula perang/madu/gula biase
-minyak
-daging(dicucuk-cucuk dengan garfu terlebih dahulu..bukan apa, supaya serapan ini menyerap dengan lebih sekata.)

Kemudian, gaul dan perap semua bahan selama 3 jam..nak lebih sebati perapan tersebut, boleh perap selama satu malam.

Sukatan agak-agak saja ye..ikut banyak mana daging tu.

Bakar jangan terlalu lama..nanti ‘overcook’ dan keras pula daging tu..

Nak sedap lagi, bakar daging itu dengan arang, bukan menggunakan oven..tetapi pastikan jarak daging dan bara dijauhkan sedikit supaya daging lebih masak di bahagian dalam

Baca juga  9 Tips Masak Nasi Goreng Yang Ringkas Dan Sedap

Sambil-sambil tunggu daging dimasak sekata, bolehlah sediakan sos pencicah.

BAHAN SOS
-3 sudu sos ikan(Nam Pla)
-gula perang/gula biase
-chili flakes( boleh juga guna cili kering yang digoreng sendiri dan ditumbuk)
-sedikit air
-limau kasturi
-air asam jawa(untuk lebih pekat)
-perasa
-daun ketumbar hiris
-bawang kecil dihiris
-sedikit beras yg digoreng tanpa minyak hingga kekuningan/perang dan ditumbuk halus

Bila dah sedia semua, sebatikan dan seimbangkan rasanya.

Siap!

Nak nampak daging bakar lebih berkilat, boleh sapu ‘butter’
Nyummy, selamat mencuba!
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini