Resipi Serawa Durian Yang Ringkas Dan Sedap


Demam Piala Dunia 2018 sudah pun berakhir. Tahniah France sebab berjaya menjuarai Piala Dunia 2018. Demam durian masih hangat. Hari-hari ada yang berpesta durian. Masing-masing membeli berbiji-biji durian yang banyak dijual di tepi jalan untuk dimakan bersama yang tersayang di rumah.

Cuma, bila dah banyak sangat durian, ada sampai tak lalu dah makan. Jangan dibuang begitu sahaja. Jadi lebih inovatif. Jadikan lebihan durian itu menu-menu lazat lain yang diinspirasikan daripada durian.

Contohnya, serawa durian atau bubur durian atau kuah durian..menu ini senang sahaj untuk dimasak. Jom kami kongsikan resipi serawa durian yang ringkas dan senang. Lepas ini tak perlu beli di kedai Mak Leha lagi..:

Resipi Serawa Durian

BAHAN-BAHAN SERAWA DURIAN:

  • 6 ulas durian
  • Santan pekat secukup rasa.
  • 1 sudu besar gula/ gula perang.
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 helai daun pandan disimpul rapi
  • 1 cawan air (nak lebih pekat, kurangkan air)
CARA MEMASAK SERAWA DURIAN:
  1. Masukkan gula ke dalam air bersama 1 helai daun pandan yang disimpul. Kemudian, tapis dan masukkan campuran ini ke dalam periuk di atas api kecil.
  2. Masukkan santan pekat dan gula. Juga secubit garam.
  3. Masukkan baki daun pandan dan 6 ulas durian. Tak perlu asing bijinya.
  4. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Pastikan santan tidak berketul dan tidak pecah minyak.
  5. Kacau sehingga isi durian tertanggal daripada biji.
  6. Agak-agak kuah dah pekat mengikut citarasa, angkat dan hidangkan. Kalau terlebih pekat, masukkan air mengikut kesesuaian.

Serawa durian sudah pun sedia terhidang. Resipi dan cara buat serawa durian ini sangat ringkas kan. Bahan-bahan pun mudah didapati.

Apa yang ditunggu lagi, bolehlah dimakan bersama roti atau pulut.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini