•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seantero dunia dah tau yang Christiano Ronaldo dah sertai Juventus. Ramai yang tak percaya pada mulanya. Ya lah. Bekas pasukannya Real Madrid, ada segala-galanya. Kelab yang menjadi antara kelab bolasepak yang terkaya di dunia itu dilihat memiliki segala-galanya. Duit, trofi, pemain hebat, Coach yang hebat dan peminat yang ramai di seluruh dunia. Pendek kata jika dapat bermain di kelab ini memang dah terbaik bagi seorang pemain bolasepak.

Namun itu bukanlah segala-galanya bagi Ronaldo. Pemain yang sudah mengumpul banyak trofi kejuaraan dan merupakan antara pemain termahal dunia ini tidak melihat kelebihan yang ada pada kelab lamanya itu sebagai sebab kenapa beliau mesti kekal di situ untuk suatu masa yang lama.

Stadium Santiago Bernabéu

Dengan itu, sejurus selepas pasukannya Portugal terkeluar daripada saingan Piala Dunia 2018, beliau terus membuat pengumuman tentang peghijrahannya ke kelab Italy, Juventus. Mungkin ada isu di sebalik peristiwa penghijrahan ini.

Suatu hari nanti mesti Ronaldo ataupun Real Madrid akan memperkatakan tentang hal ini. Yang pasti, apa yang dikehendaki Ronaldo akan ditunaikan oleh kelab barunya itu. Kalau tidak masakan senang-senang sahaja beliau boleh membuat keputusan yang agak drastik begitu meskipun sudah ada desas desus yang bertiup sebelum ini.

the Allianz Stadium

Jersi kegemaran Ronaldo adalah jersi nombor 7. Sejak mula bermain bola secara profesional di usia 18 tahun, ke kelab mana pun beliau bermain, beliau pasti diberi jersi nombor 7, nombor yang dianggap keramat oleh beliau dan para peminat beliau. Dengan nombor tersebut juga Ronaldo mencipta jenamanya tersendiri, CR7 yang dah cukup dikenali ramai. Jadi mana mungkin beliau akan melepaskan jersi nombor 7 beliau.

Baca juga  Aneh Dan Menakutkan..! Lelaki Ini Ubah Rupa Jadi Tengkorak
CR7

Jersi nombor 7 di Juventus sebelum ini dipakai oleh Pemain tengah dari Colombia iaitu Juan Cuadrado. Namun dengan kedatangan Ronaldo, Cuadrado sanggup berkorban memberi jersi nombor 7 beliau kepada Ronaldo. Siapalah Cuadrado untuk tidak beralah dengan pemain terbaik dunia. Bermain di sisi Ronaldo pun sudah cukup membanggakan bagi Cuadrado. Namun kami percaya ada tawaran yang menyusul daripada kelabnya untuk beliau menyerahkan jersi nombor 7 tersebut.

Juan Cuadrado

“Kami tahu apa yang diwakili menerusi jersinya dan saya tidak mempunyai masalah untuk menyerahkannya,” kata Cuadrado dalam satu sidang akhbar di Bogota.

“Bagi saya, apa yang penting ialah berlatih dengan gigih dan bersedia apabila dipanggil masuk ke padang oleh jurulatih untuk beraksi.”

Rabu lalu, Cuadrado mengalu-alukan kedatangan Ronaldo dan memberi isyarat yang dia sedia melepaskan jersi nombor 7 Juventus. Cuadrado berkata, dia lebih berminat dengan keupayaan Ronaldo berbanding nombor apa yang dipakai oleh pemain.

“Dia akan memberi impak besar kepada Juventus dengan sikapnya yang sering dahagakan kemenangan.

“Dia antara yang terbaik di dunia dan dengan pengalaman serta apa yang sudah dia capai, dia pasti akan membantu kami,” katanya.

Kalau dah anda pemain terbaik dunia, orang akan buat apa sahaja untuk anda. Moga Ronaldo terus maju jaya bersama kelab Juventus.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini