Ruang udara sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 akan ditutup bermula 27 Ogos sehingga 31 Ogos ini. Penutupan secara berjadual pada akhir bulan ini terpaksa dilakukan bagi memberi laluan kepada pertunjukan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Putrajaya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihak berkuasa berkaitan mempunyai pelan alternatif, susulan keputusan kerajaan mengumumkan penutupan ruang udara secara sementara sempena sambutan Hari Kebangsaan, berkuat kuasa 27 hingga 31 Ogos ini.

Walaubagaimana pun, penutupan ruang udara hanya pada 9am ~ 10.30AM sahaja, lapangan terbang (airport) akan beroperasi seperti biasa.

Kira-kira 100 penerbangan akan terjejas susulan pengumuman dibuat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu. Jadi kepada penumpang yang mempunyai jadual penerbangan dalam tempoh itu, disarankan untuk menyemak jadual penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan. Mungkin syarikat penerbangan ada pelan lencongan atau menunda masa penerbangan.

Untuk makluman, mana-mana penumpang yang tidak berpuas hati dengan tatacara pengurusan syarikat penerbangan berkaitan boleh memfailkan aduan menerusi laman web MAVCOM, iaitu www.mavcom.my

Baca juga  Majalah Mastika akhirnya terkubur selepas 77 tahun

 

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini