Sarawak Serius Untuk Tubuh Syarikat Penerbangan Sendiri


“Sarawak sangat serius dalam menubuhkan syarikat penerbangan sendiri, bukan yang besar tetapi cukup untuk menghubungkan negeri ini ke beberapa destinasi utama dan berpotensi,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Ini berikutan beberapa laluan penerbangan antarabangsa terpaksa diberhentikan oleh syarikat penerbangan atas faktor komersial. Ini menyebabkan bilangan kedatangan pelancong ke Sarawak terjejas.

Sehubungan itu, kerajaan Negeri Sarawak sedang meneliti butiran untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri untuk menghubungkan Bumi Kenyalang ke destinasi pelancongan di rantau Asia.

Antara bandar utama dalam senarai penelitian ialah Bangkok, Jakarta, Manila dan Hong Kong.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, hubungan jaringan udara yang terhad menjadi cabaran bagi negeri Sarawak untuk meningkatkan pelancongan domestik dan antarabangsa, menurut laporan Harian Metro.

Abang Johari juga menjelaskan cadangan penubuhan syarikat penerbangan sendiri bukan sesuatu yang baru kerana Kerajaan Sarawak pernah mengemukakan hasrat mengambil alih operasi MASwings dari Malaysia Airlines Berhad (MAB) namun rundingan yang dijalankan tidak membuahkan hasil positif.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini