Sebab Dan Cara Rawat Gatal Di Bahagian Dubur


Kegatalan pada bahagian dubur atau dalam bahasa perubatan, “pruritus ani” merupakan satu simptom kegatalan kulit di bahagian lubang dubur (anus). Simptom kegatalan ini akan mendorong mereka yang mengalaminya menggaru dan berisiko luka di bahagian tersebut. Ini akan lebih memudaratkan lagi kegatalan di bahagian sulit anda itu.

Punca Kegatalan Di Bahagian Dubur?

kegatalan di dubur

Terdapa beberapa faktor yang menyebabkan kegatalan di bahagian anus. Antaranya adalah:

  • Kulit di bahagian mengalami kelembapan atau basah di sekitar anus.
  • Bahagian tersebut tidak dibasuh dengan bersih. Sisa najis di bahagian kulit tersebut boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  • Stress atau tekanan hidup.

Jika tidak segera ditangani, ada beberapa komplikasi akan dialami oleh penderita anus gatal sekiranya bahagian gatal itu digaru secara berterusan:

  • Iritasi dan luka pada kulit sekitar anus.
  • Penebalan kulit sekitar anus.
  • Jangkitan kuman

Simptom Kegatalan Anus

Gatal di bahagian dubur amat merimaskan. Simptom lain turut menyebabkan masalah kegatalan anda makin serius seperti  kemerahan, rasa panas, atau tidak selesa di bahagian kulit di sekitar lubang dubur.

Kegatalan dan iritasi ini berlaku secara sekejap sekejap atau kerap bergantung kepada tahap kegatalan.

Simpton ini akan menjadi lebih serius sekiranya perkara di bawah ini terkejap. Apabila ini berlaku, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya:

  • Perdarahan atau keluar cairan seperti lendir dari anus.
  • Benjolan di sekitar anus.
  • Perubahan pola buang air besar.

Sebab Kegatalan Anus

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kegatalan pada anus, di antaranya adalah:

  • Terlalu kerap membersihkan kulit di bahagian dubur yang menyebabkan kelembapan yang tinggi. Selain itu, penggunaan produk pembersih kulit yang tidak sesuai, seperti tisu basah dan sabun.
  • Infeksi atau jangkitan kuman. Infeksi di bahagian dubur menyebabkan rasa gatal. Salah satu penyebab gatal ini adalah jangkitan parasit atau cacing kerawit.
  • Penyakit kulit. Jangkitan kulat juga menimbulkan rasa gatal pada anus.
  • Mempunyai masalah kesihatan lain seperti cirit-birit, radang anus atau kencing manis.
  • Pemakanan. Kegatalan pada dubur juga disebabkan oleh makanan dan minuman yang diambil. Makanan pedas, jeruk, minuman beralkohol, kopi, teh, susu, minuman beralkohol atau bersoda merupakan contoh makanan dan minuman yang dapat memberi kesan kegatalan pada anus. Selain itu, pengambilan tablet vitamin C juga dapat menyebabkan anus gatal.
  • Penggunaan antibiotik. Beberapa antibiotik dapat mengganggu bakteria baik (flora normal) di usus, sehingga menyebabkan kegatalan pada bahagian anus. Antibiotik tersebut adalah erythromycin dan tetracyclin.

Cara Rawat Gatal Di Bahagian Dubur.

Ada beberapa cara merawat gatal di bahagian dubur. Kaedah rawatan ini berdasarkan punca yang menyebabkan masalah ini:

  • Krim Antigatal atau Ubat Antihistamin.

Antihistamin diberikan jika gatal semakin teruk pada malam hari dan mengganggu tidur anda.

  • Krim Hydrocortisone.

Krim ini disapu di sekitar bahagian dubur yang gatal untuk mengurangkan keradangan dan rasa gatal.

Selain penggunaan krim dan ubat-ubatan seperti di atas, boleh cuba diamalkan tips seperti berikut:

  • Cari Punca Dan Hapuskan. Sekiranya punca kegatalan ini disebabkan oleh cacing kerawit, cara terbaik untuk merawat ialah dengan pengambil ubat cacing yang sesuai.
  • Bersihkan sekitar anus dengan lembut. Segera cuci bahagian dubur setelah buang air besar.
  • Jangan menggosok terlalu kuat atau menggunakan tissue toilet yang kasar. Keringkan. Setelah mencuci bersih, keringkan dengan tisu atau kain yang lembut sebelum memakai seluar.
  • Jangan garu. Tahan dan bertabahlah. Sering menggaru akan menyebabkan iritasi semakin kronik.
  • Satu cara untuk mengurangkan rasa gatal; tekan bahagian anus yang gatal dengan kain suam atau mandi air panas.
  • Pakai pakaian yang diperbuat daripada kain cotton (lebih sejuk) dan pakaian longgar. Cara ini boleh memastikan kawasan dubur anda sentiasa kering. Elakkan memakai pakaian ketat seperti jeans.
  • Kurangkan atau hindari minuman, seperti kopi atau cola, makanan pedas, terlalu asam dan makanan lain yang biasanya dapat menyebabkan masalah cirit-birit.

Semoga perkongsian tentang Sebab Dan Cara Rawat Gatal Di Bahagian Dubur ini berjaya membantu mengurangkan masalah yang sedang anda alami.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini