•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sejak dua menjak ni, 5 huruf ini mula meniti di bibir masyarakat Malaysia, tidak kira kaum dan bangsa, tua atau muda..Ada yang menentang, ada yang menyokong. Namun masih ada yang hanya tahu menyokong dan menentang tanpa ambil tahu apa sebenarnya yang cuba mereka tegakkan.

Kali ini, kami berkongsi secara ringkas apa sebenarnya ICERD.

Apakah Itu ICERD?

ICERD adalah singkatan daripada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum. ICERD adalah salah satu konvensyen yang telah diperakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 21 December 1965, dan dikuatkuasakan pada 4 January 1969.

Tujuan ICERD ini dibuat adalah untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum dan mempromosikan toleransi antara semua bangsa dan kaum. Konvensyen ini juga memerlukan setiap pihak yang menjadi pihak kepada konvensyen ini untuk menggubal undang-undang berkaitan kebencian antara kaum (hate speech) dan menjadikan ianya sebagai satu tindakan jenayah.

Berapa buah negarakah yang telah menjadi pihak kepada Konvensyen ini?

Setakat ini kira-kira 179 negara di dunia ini telah menandatangan atau meratifikasi/accession kepada ICERD. Hanya kira-kira 14 negara sahaja yang masih tidak berbuat apa-apa terhadap ICERD ini iaitu antaranya, Sudan Selatan, Myanmar, Brunei, Malaysia, Samoa, Kiribati, Marshall Islands, Cook Islands, Micronesia, Tuvalu dan Vanuatu.

Adakah negara-negara Islam juga telah menandatangani atau meratifikasi ICERD?
Banyak negara Islam telah menandatangan atau meratifikasi/accession kepada ICERD seperti Afghanistan, Bahrain, Bangladesh, Qatar, Arab Saudi, Mesir, Iran, Iraq, Indonesia, Kazakhstan, Jordan, Kuwait, Oman, Pakistan, Turki dan Tunisia.

Baca juga  Munafik 2 atasi rekod Hantu Kak Limah

Kenapakah Malaysia tidak menandatangani ICERD?

Sebenarnya perkembangan undang-undang antarabangsa di Malaysia ini tidak begitu diberikan perhatian oleh kerajaan dahulu. Setakat ini Malaysia hanya meratifikasi 3 konvensyen antarabangsa iaitu CRC – Convention on the Rights of the Child (Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak) pada 17 Februari 1995.

CEDAW – Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita) pada 5 Julai 1995 dan CRPD – Convention on the Rights of Persons with Disabilities (Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya) pada 19 Julai 2010.

Ada 6 lagi konvensyen antarabangsa yang masih belum diratifikasi oleh Malaysia yang diberikan perhatian serius oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuklah ICERD, CAT – Convention against Torture and Other Cruel Inhuman or Degrading Treatment or Punishment, CCPR – International Covenant on Civil and Political Rights, CED – Convention for the Protection of All Persons From Enforced Dissapearance, CESCR – International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights dan CMW – International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families.

Fuh, boleh tahan panjang..apa-apa pun, ini hanyalah sebahagian daripada cerita ICERD. Ini pun kami kongsikan sebahagian segmen Wawancara daripada MalaysianDateline. Ini mengetahui lebih lanjut, bolehlah baca di link yang kami kongsikan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini