Selepas plastik bag, penyedut minuman straw pula diharamkan

Processed with VSCOcam with lv01 preset

Kerajaan dilihat sangat komited dalam memulihara alam sekitar dengan mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan penggunaan plastik dapat dikurangkan. Sebelum ini Kerajaan melalui kempen Babas Plastik mengenakan caj 20sen kepada pengguna yang masih menggunakan bag plastik ketika membeli. Tindakan ini bertujuan mendidik rakyat supaya menggunakan bag kitar semula semasa membeli barang keperluan.

Terbaru, berkuat kuasa 1 Januari hadapan, penggunaan pe­­nyedut minuman plastik pula akan diharamkan di semua premis perniagaan menjual makanan dan minuman bagi mengurangkan pencemaran berasaskan plastik dan memulihara alam sekitar.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, tempoh untuk mendidik masyarakat terutamanya peniaga akan dilaksanakan sehingga tahun 2020 sebelum tindakan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sama seperti penggunaan produk berasaskan biodegradasi iaitu beg plastik dan bekas makanan ke atas peniaga yang didapati me­langgar peraturan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000,’’ katanya di sini hari ini.

Ketika ini rangkaian restoran makanan segera, McDonald’s dan peruncit kelengkapan rumah terkemuka Sweden, IKEA telah memulakan inisiatif tidak menyediakan penyedut minuman kepada pelanggan.

Sebagai permulaan, larangan ini hanya berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja sebelum diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Kami di Oh Sempoi menyokong usaha ini namun mengharapkan ada alternatif lain yang dicadangkan bagi menggantikan penyedut minuman tersebut.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini