Selepas Viral Bubble Milk Tea, Kini Tealive Hadir Dengan Aiskrim Bubble Softea


Viral bubble tea kini dihangatkan dengan produk terbaru daripada Tealive. Produk tersebut yang diperkenalkan sebagai Bubble Softea merupakan aiskrim teh boba yang pastinya memberikan sedikit kelainan rasa.

Difahamkan mengenai rasa aiskrim terbaru keluaran tealive ini, ianya memberi rasa yang mirp-mirip dengan minuman signature Tealive iaitu ‘Brown Sugar Pearl Milk Tea’. Namun, difahamkan juga ianya lebih manis.

Dengan harga RM5.90, ia dilihat menawarkan harga yang murah. Namun malangnya, aisktim ini tidak didapati di kesemua cawangan. Hanya tiga cawangan Tealive iaitu di The Curve, Sri Petaling dan IOI City Mall sahaja yang menawarkannya memandangkan ia adalah aiskrim edisi terhad.

Jadi jika anda ingin aiskrim Bubble Softea ini, pastikan anda dapatkannya sementara stok masih ada.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini