Selesaikan 3 cubes puzzle sambil melambung..! Budak Ini Pecahkan Rekod Dunia..!


Cube Puzzle.. Siapa yang pernah main benda alah ni.. Ataupun soalan yang lebih tepat nak ditanya: Berapa lama masa yang anda ambil untuk menyelesaikan Cube Puzzle ni yang telah di kecamukkan warnanya ni…?

Maaf cakap kami (penulis) tak pernah berjaya selesaikan permainan kiub ni. Tiada fokus dan malas berfikir jauh-jauh serta tiada minat dikenal pasti punca (baca: alasan) kami tak pernah berjaya selesaikan cube puzzle ni.

Untuk selesaikan permainan ini otak anda harus sentiasa berfikir dan cepat membuat keputusan selain daripada kepantasan mata memerhatikan warna-warna yang akan anda susun. Yang pasti anda perlu tau macamana secara teorinya masalah permukaan warna yang tidak sama tersebut boleh diselesaikan.

Kegetiran kita dalam menyelesaikan masalah Cube Puzzle ini sebenanya adalah masalah yang kecii oleh Que Jianyu, 13 tahun daripada Fujian China. Beliau menghabiskan masa selama 2 tahun untuk membuat latihan sebelum mencuba memecahkan record menyelesaikan Cube Puzzle sambil melambung cube di Rubik’s Cube juggling di atas pentas Zhejiang TV’s show, iDream. Bukan sebiji dia kena lambung. Malah 3 cube sekaligus dilambungnya sambil menyusun warna sama pada cube.

Beliau yang mempersonakan penonton yang hadir untuk melihatnya, mengambil masa hanya 4 minit 48 saat…! Satu catatan yang sangat membanggakan.

Hebat.. Sempoi…! Sangat mengagumkan..!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini