Seluruh Pulau Pinang dalam perancangan untuk diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dalam tempoh 5 tahun. Ini adalah perkara yang agak sukar untuk dilakukan namun tidak mustahil untuk direalisasikan andai perancangan yang berkesan diambil bermula sekarang.

Program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar) yang ditubuhkan sejak tahun 2012 sebelum ini hanya menumpukan kawasan rekreasi, bangunan dan kawasan awam serta Tapak Warisan Dunia George Town.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin berkata, untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan ianya berjaya dilaksanakan .

Walau bagaimanapun, cadangan  untuk mewartakan Penbar di seluruh negeri perlu kajian mendalam dengan mengambil kira kesan serta implikasi sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Larangan merokok di seluruh Pulau Pinang ini perlu mengambil kira beberapa faktor terlebih dahulu yang antaranya mengambil kira kawasan khas untuk merokok dan kita akan adakan perbincangan untuk menyelesaikannya,” katanya.

Bagi Ohsempoi, perkara ini adalah sesuatu yang bagus untuk dilaksanakan namun promosi yang perlu dipertingkatkan mulai sekarang bukannya sekadar mewujudkan tempat khas merokok malah kempen berhenti merokok perlu digerakkan secara mega dengan program-program yang dapat memberikan impak dan kesan yang positif kepada perokok.

Baca juga  3 Soalan Sentap Untuk Perokok Yang Tinggi Egonya
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini