•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dengan berakhirnya Shopee Piala FA Malaysia, tumpuan seluruh rakyat Malaysia telah beralih kepada Perlawanan Akhir Puala Dunia 2018 diantara France menentang Croatia. Pertemuan ini boleh dianggap siaran ulangan separuh akhir piala dunia 1998 dulu dimana France telah mengalahkan Croatia dengan keputusan 2-1.

Bagi menyemarakkan demam bola sepak, Shopee yang merupakan platform e-dagang terkemudia di Asia Tenggara telah menganjurkan Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia di Golden Screen Cinema, 1 Utama bersama peminat bola sepak tempatan.

Ohsempoi juga berkesempatan hadir sendiri di majlis tersebut bersama lebih 200 penyokong bertuah bagi merasai kehangatan perlawanan akhir piala dunia. Dalam majlis tersebut juga turut diadakan kuiz dan cabutan bertuah kepada penonton yang hadir.

Shopee telah membuktikan bahawa mereka komited dalam menyemarakkan semangat bola sepak tempatan melalui kempen Demam Bola sebagai sokongan terhadap jalinan kerjasama bersama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi meningkatkan pendapatan kelab bola sepak Malaysia.

Baca juga  Nissan GT-R50 Italdesign, "Godzilla" Jepun Yang Menerima Sentuhan Itali

Shopee telah berjaya menjual lebih 20,000 tiket Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia menerusi kedai rasmi MFL iaitu melangkaui sasaran asal iaitu 5,000 unit tiket.

Diharapkan agar banyak lagi syarikat korporat yang mendapat inspirasi dan semangat yang ditunjukkan oleh Shopee dalam meningkatkan taraf bola sepak tempatan supaya pasukan Malaysia mampu bersaing dalam kejohanan Piala Dunia suatu masa nanti.

www.shopee.com.my
Facebook ShopeeMY

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini