Siapa Lepaskan Anak Buaya Di Tasik Shah Alam?

anak buaya di tasik shah alam

Tasik Shah Alam bukanlah habitat atau sarang buaya. Tasik yang menjadi tempat rekreasi orang awam ini juga tidak bersambung atau mempunyai saluran yang bersambung dengan mana-mana sungai. Juga agak mustahil untuk seekor anak buaya merangkak dari sungai utama yang terletak jauh dan memasuki tasik ini. Sebelum ini, juga tiada kes dilaporkan tentang kehadiran sebarang spesis buaya di sini.

Anak Buaya Ditemui Di Tasik Shah Alam

Jadi, bagaimana seekor anak buaya dilaporkan kelihatan di Tasik Shah Alam semalam?

anak buaya di tasik shah alam
Aktiviti Kayak di Tasik Shah Alam. (Kredit: Utusan Online)

Menurut siasatan awal, kemungkinan ada individu yang tidak bertanggungjawab, melepaskan reptilia ini ke tasik ini.

Kecoh suasana di Tasik Shah Alam apabila seekor anak buaya yang berukur 0.6 meter ditemui muncul di pam air tasik sekitar jam 9.30 pagi.

Setakat ini, pperasi menangkap buaya itu bagaimanapun masih dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor.

PERHILITAN Jalankan Operasi Tangkap Anak Buaya

Pihak PERHILITAN masih menjalankan pemantauan lanjut dan berusaha menangkap buaya itu.

Perangkap dan jaring akan dipasang dalam masa terdekat namun ia bergantung kepada kesesuaian tempat.

Walaupun anak buaya itu dikatakan tidak mendatang sebarang ancaman, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika beriadah di tasik. Operator aktiviti air di situ juga memberhentikan seketika sebarang aktiviti air untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku.

Siapa Lepas Anak Buaya Di Tasik Shah Alam?

Persoalan sekarang, siapakan individu yang sangat tidak bertanggungjawab melepaskan anak buaya ke tasik yang menjadi tempat tumpuan ramai. Dan apakah motif individu tersebut?

Anak buaya (tanda bulat pada gambar) yang dilihat berada atas pam di tengah tasik. (Kredit: Sinar Harian)

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini