•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Al-Quran.. Mukjizat teragung Nabi Muhammad saw. Ia adalah kitab petunjuk sepanjang zaman. Isinya adalah merangkumi cerita dari dulu kini dan akan datang. Sungguh hebat kalam Allah yang satu ini.

Al-Quran pernah diciplak sejak daripada zaman jahiliah dulu lagi. Tetapi tiada satu pun Quran palsu itu dapat menandingi Al-Quran. Ciptaan manusia itu terpinggir begitu sahaja.

Hakikatnya, Al-Quran yang mulia ini dijaga oleh Allah. Sebab tu penghafal Al-Quran dimuliakan oleh Allah dan makhlukNya.

Berikut adalah fakta-fakta menrik tentang Al-Quran. Ada yang kita dah tau. Ada yang kita belum tau..

Surah
Berapa jumlah Surah dalam Al-Qur’an?
– 114 Surah

Juzuk
Berapa jumlah Juz dalam Al-Qur’an?
– 30 Juz

Hizb
Berapa jumlah Hizb dalam Al-Qur’an?
– 60 Hizb

Ayat
Berapa jumlah Ayat dalam Al-Qur’an?
– 6236 Ayat

Jumlah perkataan dan huruf
Berapa jumlah perkataan dalam Al-Qur’an?, dan Berapa Jumlah Hurufnya?
– Jumlah perkataan 77,439 dan 320,670 Huruf

Malaikat
Siapa Malaikat yang disebut dalam Al-Qur’an?,
-Jibril, Mikail, Malik, Raqib, Atiid, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun, HamalatulArsy, dll.

Ayat Sajdah
Berapa Jumlah ayat Sajdah dalam Al-Qur’an?
– 15 Sajdah

Nabi
Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dalam Al-Qur’an?
– 25 Nabi

Surah Madaniyah
Berapa Jumlah Surah Madaniyah dalam Al-Qur’an?, sebutkan.
– 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa” al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra’d, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum’ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

Surah Makiyah
Berapa Jumlah Surah Makiyah dalam Al-Qur’an? sebutkan.
– 86 Surat, selain surah tersebut di  atas.

Surah mula dengan huruf
Berapa Jumlah Surah yg dimulai dengan huruf dalam Al-Qur’an?
– 29 Surah.

Maksud Surah Makiyah
Apakah yg dimaksud dengan Surah Makiyyah?, sebutkan 10 saja.
– Surah Makiyyah adalah Surah yg diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: al-An’am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra’, al-Naml, al-Waqi’ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.

Maksud  dengan Surah Madaniyyah
Apakah yg dimaksudkan  dengan Surah Madaniyyah?
– Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan di Madinah selepas Hijraturrasul

Nama nabi
Siapakah nama para Nabi yg disebut dalam Al-Qur’an?
– Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa’, Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Muhammad Saw.

Wanita Solehah
Siapakah satu-satunya nama wanita solehah yang disebut namanya dalam Al-Qur’an?
– Maryam binti Imran.

Sahabat nabi
Siapakah satu-satunya Sahabat yang disebut namanya dalam Al-Qur’an?
– Zaid bin Haritsah. Rujuk dalam surah Al Ahzab ayat 37.

Surah pertama
Apakah ayat dalam Al-Qur’an yang pertama kali diturunkan?
– surah al alaq ayat 1-5
( إقرأ باسم ربك الذي خلق)

Ayat terakhir
Apakah ayat terakhir yg diturunkan dalam Al-Qur’an?
– ayat 3 surah al maidah 
أليوم أكملت لكم دينكم وأ تممت عليكم نعمتي و رضيت لكم الإسلام دينا)

Surah tanpa basmalah
Apakah nama Surah yang tanpa Basmalah?
– Surah at-Tawbah (baro’ah).

Baca juga  10 ayat pendinding yang terdapat di dalam filem Munafik 2 yang boleh dijadikan panduan

Surah 2 basmalah
Apakah nama Surah yang memiliki dua Basmalah?
– Surah al-Naml.

Surah Al-Mu’awidzatain
Apakah yg disebut surah al-mu’awidzatain (2 surah penjagaan)?
– Surah Al-Falaq & An-Naas.

Surah bernilai seperempat Al-Qur’an
Apakah nama Surah yang bernilai seperempat Al-Qur’an?
– Surah al-Kafirun.

Surah bernilai sepertiga Al-Qur’an
Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga Al-Qur’an?
– Surah al-Ikhlas

Surah penyelamat pembacanya dari siksa Qubur
Apakah nama Surah yang menyelamatkan pembacanya dari siksa Qubur?
– Surah al-Mulk

Surah yang menerangi pembacanya sepanjang minggu
Apakah nama Surah yang apabila dibaca pada hari Jum’at akan menerangi pembacanya sepanjang minggu?
– Surah al-Kahfi

Ayat paling Agung
Apakah ayat yang paling Agung dan dalam Surah apa dalam Al Quran?
– Ayat Kursi, dalam Surah al-Baqarah ayat 255

Surah paling Agung
Apakah nama Surah yang paling Agung dan berapa jumlah ayatnya?
– Surah al-Fatihah, 7 ayat.

Ayat tentang amalan baik dan buruk
Apakah ayat yang menyatakan tentang amalan baik & munkar dan dalam surah apa?
– Firman Allah Swt :”Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan dilihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan dilihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)

Surah dua sajdah
Apakah nama Surah yang ada dua sajdahnya?
– Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

Perkataan pertengahan Al-Qur’an
Pada perkataan apakah pertengahan Al-Qur’an itu di Surah apa? ayat no Berapa?
– وليتلطف Surah -Kahfi ayat No. 19

Penghantar masuk ke dalam syurga
Ayat apakah bila dibaca setiap habis Sholat Fardhu dapat menghantar pembacanya masuk ke dalam syurga?
– Ayat Kursi.

Ayat yang diulang 31 kali
Ayat apakah yg diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam satu Surah dan di Surah apa?
– Ayat (فبأي آلاء ربكما تكذبانِ) pada Surah al-Rahman.

Ayat yang diulang 10 kali
Ayat apakah yg diulang-ulang sebanyak 10 kali dlm satu Surah dan surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lain? Dan Surah apa?
– Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah al-Mursalat, juga dalam Surah al-Muthaffifiin ayat No. 10.

Ayat terpanjang dalam Al-Qur’an
Apakah Ayat terpanjang dalam Al-Qur’an? pada Surah apa? Ayat berapa? Dan apa yang dibahas?
– Ayat No 282 Surah al-Baqarah, membahas mu’amalah sesama manusia dalam urusan  kewangan & hutang piutang

Menarik kan fakta-fakta tentang Al Quran tu. Ada fakta yang kita dah tahu ada yang kita belum tahu.

Bermesra lah dengan Al Qur’an sebagaimana mesranya kita dengan dompet dan smartphone kita selama ini,  dekatkanlah diri dengan Al Quran sedekat kita dengan pasangan, anak-anak dan teman-teman kita setiap hari.

Bersahabatlah denganNya… kerana Al Qur’an tidak akan meninggalkan kita sebagai sahabat ketika yang lain berpaling dari kita, dia akan datang sebagai syafaat bagi sahabat-sahabatnya di akhirat kelak.

Viralkan kepada semua saudara kita semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini