Rakyat Malaysia masih terkejut dengan berita pengunduran Sultan Muhammad V sebagai Yang Di Pertuan Agong XV Malaysia. Baginda telah memutuskan untuk meletakkan jawatan berkuatkuasa 6 Januari 2018.

Sehubungan dengan itu satu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung hari ini memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan ini diperolehi selepas mesyuarat Raja Raja yang dihadiri enam daripada sembilan Sultan di Istana Negara di sini.

Sultan-sultan yang hadir mesyuarat lebih satu jam itu ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.

Tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 juga turut ditetapkan dalam msyuarat tersebut.

Butiran lanjut berkenaan mesyuarat hari ini akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Cerita di sebalik pemilihan YDPA

Penggiliran Sebenar Jawatan YDPA

Mengikut satu sumber lain memang jawatan YDP Agong selepas ini adalah giliran Sultan Perak.

Baca juga  Kereta Terbang! Malaysia Sedang Cuba Merealisasikannya.

Kenapa Perak?

Sebab masa pusingan pertama pemilihan YDPA dulu, DYMM Sultan Idris Syah (Perak) telah menolak giliran menjadi YDPA selepas Sultan Kelantan.

Maka giliran Sultan Pahang (selepas Perak adalah Pahang) Melangkau Perak (kerana Sultan Idris menolak menjadi YDPA)

Sultan Muhammad V, terkenal sebagai sultan yang berjiwa rakyat

Maka bila tiba pusingan ke 2, dalam mesyuarat Majis Raja Raja memilih Timbalan YDPA kepada YDPA Kelantan, kesemua Raja Raja Melayu sudah bersetuju untuk kembali kepada sistem giliran pusingan pertama dulu.

Sebab Itulah Sultan Perak di lantik Timbalan YDPA. Jadi, YDPA selepas ini adalah Sultan Perak dan Timbalan YDPA adalah Pahang.

Jika Sultan Pahang menolak menjadi Timbalan YDPA maka barulah Sultan Johor akan menjadi Timbalan YDPA.

Sejarah giliran ni tak ramai yg mengetahuinya sebab ini cerita lama.

Tapi ternyata Majlis Raja Raja nampaknya telah kembali kepada giliran ASAL SEPERTI pusingan pertama dulu.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini