Anak adalah anugerah dan amanah Allah yang perlu kita didik dengan sebaiknya. Rasullullah s.a.w mengajar kita supaya banyakkan mencium dan memberi sentuhan kasih sayang kepada anak kerana ia dapat mengeratkan rasa kasih dalam diri anak-anak melalui sifat ibu bapa yang penyayang.
“Perbanyaklah kamu mencium anak cucumu kerana balasan dari setiap ciuman adalah syurga.” (HR. Bukhari)
Terdapat beberapa anggota tubuh anak yang perlu diberi sentuhan lembut setiap hari yang akan memberikan kesan psikologi kepada si anak.
1. Ubun-ubun
Ciuman di ubun-ubun kerana ia menunjukkan kebanggaan ibu bapa terhadap anak sambil didoakan agar menjadi anak soleh dan sholehah.
2. Dahi
Ciuman di dahi menandakan ibu bapa redha atas perilaku baik yang dilakukan si anak. Mengusap secara lembut di dahi juga menunjukkan rasa sayang dan rindu terhadap anak.
3. Pipi
Berikan ciuman sambil mengucap masya-Allah, sebagai tanda sayang dan rindu ibu bapa terhadap si anak.
4. Tangan
Ciuman di tangan memberi tanda kasih sayang sambil mengucap barakallah, sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan putri tercinta, Fatimah r.a.
5. Belakang kepala
Menggosok belakang kepala anak sebagai tanda kasih sayang dan perlindungan.
6. Atas kepala
Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, menunjukkan kebanggaan ibu bapa terhadap anak.
7. Kedua tangan
Memegang kedua tangan dapat memberikan ketenangan dan mententeramkan anak ketika perasaannya bercelaru.
8. Dada
Usaplah dada anak sambil istighfar saat ia menunjukkan kecenderungan berbuat salah atau sedang marah untuk menenangkannya.
Perilaku mudah dan ringkas ini dapat menjadikan anak lebih mudah mendengar kata dan tidak degil. Semoga kita dapat mendidik anak dengan penuh kasih sayang dan dapat melahirkan anak-anak yang boleh berjasa kepada agama, ibu bapa dan negara.
Sharing is caring the say, and you’ve done a fantastic job in sharing your knowledge on your blog. It would be great if you check out my page, too, at YH6 about Thai-Massage.