Jika setiap bulan perbelanjaan anda hanya sekadar cukup-cukup dan tidak mampu untuk menyimpan. Mungkin anda tidak sedar bahawa anda sebenarnya berbelanja melebihi keperluan dan budget anda sendiri.
Mari kita audit diri sendiri dan lihat dimana ketirisan kewangan dalam perbelanjaan seharian kita. Mungkin berikut adalah tabiat harian anda yang menyebabkan anda pokai.
1. Selalu Makan Luar
Jika anda sudah berkeluarga, percayalah bahawa memasak di rumah adalah lebih menguntungkan. Dengan bahan mentah sekitar RM50, anda boleh menyediakan hidangan makan malam untuk 2 orang selama 4 atau 5 hari.
2. Barangan Berjenama
Anda perlu tahu bahawa ada juga barangan yang tidak berjenama tapi mempunyai kualiti yang tinggi. Jangan membeli disebabkan jenama! Belilah kerana kualiti.
3. Sering Menukar Gadget
Perkembangan dunia teknologi terlalu pantas, anda tidak mampu mengejarnya. Jangan biasakan diri untuk menukar gadget setiap kali terdapat keluaran baru.
4. Merokok / vape
Umum sudah tahu bahawa merokok tidak mendatangkan faedah malah memberi kesan buruk kepada kesihatan dan juga poket anda. Berusahalah untuk berhenti merokok kerana ia mampu menjimatkan perbelanjaan bulanan.
5. Ketagih Online Shopping
Jangan terlalu asyik melayari laman web online shopping. Anda mungkin terbeli sesuatu yang bukan keperluan anda. Sebaiknya elakkan membuka laman web tersebut melainkan ada sesuatu yang anda ingin beli.
6. Tol & Petrol
Kurangkan antiviti luar yang jauh dari tempat tinggal anda. Lagi jauh perjalanan anda, lebih banyak kos untuk minyak dan tol yang anda perlu keluarkan.
7. Minuman Manis
Kurangkan pengambilan minuman manis ketika makan. Ia bulan sahaja bagus untuk kesihatan malah menjimatkan. Banyakkan minum air kosong ketika waktu makan tengah hari atau malam.
8. Penggunaan Internet
Kaji semula tahap penggunaan internet anda setiap bulan. Adakah penggunaan anda berbaloi dengan langganan yang anda bayar setiap bulan untuk pakej telco yang diambil.
9. Menonton Wayang
Jangan teruja untuk menjadi yang terawal menonton filem terbaru. Baca dahulu review dari penonton lain agar anda tidak menonton filem yang membosankan. Limitkan berapa filem hang anda boleh tonton dalam sebulan. Jangan jadikan amalan menonton wayang sebagai rutin anda.
10. Siaran TV Berbayar
Kaji semula adakah berbaloi untuk anda bayar siaran tv berbayar setiap bulan. Ramai dikalangan kita membayar hampir RM200 sebulan untuk siaran tv tetapi hanya sempat menonton tv beberapa jam sahaja kerana kesibukan diri dengan hal lain.
Ini hanya sekadar pandangan kami di Ohsempoi yang mungkin menjadi faktor ketirisan perbelanjaan setiap bulan. Apa yang penting adalah bagaimana anda mengawal perbelanjaan anda agar tidak membelanjakan sesuatu yang tidak setimpal.