Tahniah Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya memberkas dan menangkap penjenayah yang telah menyamun seorang wanita pada Khamis lepas di dalam lif stesen MRT Taman Mutiara, Cheras.

Saspek yang berusia 26 tahun telah ditangkap jam 8.10 malam di Taman Cheras oleh sepasukan polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis (IPD) Daerah Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian itu berlaku jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun berada di dalam lif berkenaan bersama suspek.

Insiden samun itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan yang tular selepas dimuat naik di media sosial sejak malam tadi.

Dalam rakaman video berdurasi 57 saat itu menunjukkan suspek mengekori mangsa yang bersendirian masuk ke dalam lif berkenaan lalu menumbuk mangsa beberapa kali sebelum menarik rambut dan menendang wanita berkenaan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

Baca juga  Gajah Disalut Serbuk Kunyit Adabi Seluruh Badan

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini