•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ramai yang bercakap tentang Tun Mahathir Mohamed (Tun M), perdana menteri Malaysia sekarang. Antara yang orang ramai sangat kagum adalah keupayaan kudrat Tun M mengetuai jentera kerajaan dan cara kerja beliau yang sangat sistematik.

Begitu juga cara fikir dan idea-idea beliau yang sentiasa segar seiring dengan arus kemodenan sekarang.

Ramai yang sebelum ini mencari pelbagai alasan tersentap dengan Tun M. Ya lah, selain daripada gigih berkerja di usia 93 tahun, tanggungjawab beliau bukan hanya sebagai pemimpin Malaysia, malah beliau turut menyumbangkan idea di pentas dunia.

Di umur 93 tahun, kebanyakan datuk dan nenek kita sudah mula ditemani penyakit lupa ataupun nyanyuk. Fizikal dan mental secara perlahan berbalik semula menjadi seperti kanak-kanak. Lemah, berharap kepada bantuan, malas berfikir dan sebagainya.

Tapi sifat orang tua itu semua jarang ada pada Tun M. Malah beliau dalam kebanyakan perkara dari segi pemikiran dan cara berkerja adalah lebih hebat daripada orang muda.

Apakah rahsianya? Tun M telah berkongsi rahsia dan amalan beliau sehingga membawa kesan yang begitu positif pada dirinya.

3 tips dan petua supaya orang berusia tidak nyanyuk

1. Selalu membaca



Jadikan membaca satu amalan harian. Nak jadikan ia habit, bukan senang ya. Ia mestilah dididik sedari awal. Masa muda sudah kena disiplinkan diri untuk membaca. Barulah masa tua nanti jadi kebiasaan.

Membaca banyak kelebihannya. Ia dapat membuka minda kita kepada idea-idea baru. Ia mendedahkan kita kepada dunia terkini. Jadi kita tidak akan berada di dalam tempurung kita sendiri.

Membaca menolong kita mendapat idea baru. Ia turut mengembangkan idea kita yang sedia ada. Ini akan merangsang otak kita untuk terus berfikir dan mencegah ia daripada lupa.

Baca juga  Trip Ke Hat Yai Cuma RM200..! Ni Perkongsian Daripada Gadis Backpacker!!!

2. Selalu menulis



Idea yang terperap di dalam kepala tidak memberi apa-apa nilai. Jika ia tidak ditulis, ia akan padam begitu sahaja dari ingatan.

Jangan kata idea kita tidak bagus ya. Idea kita mungkin tidak bagus pada seseorang tapi ia akan memberi inspirasi kepada orang yang lain.

 Jadi tulis dan kongsilah idea kita kepada dunia luar.

Sekarang banyak medium mudah untuk berkongsi. Blog dan media sosial menjadi pilihan ramai untuk perkongsian. Sebab itulah apabila bersara Tun M sendiri ada blog. Dia menzahirkan pemikiran dan kritikan yang dirasakan perlu di dalam bog tersebut. 

Kritikan beliau mungkin tidak betul pada sesetengah pihak, tapi untuk pihak yang lain ia merupakan satu teguran yang membina yang perlu diambil cakna.

Dengan menulis, otak kita akan berkerja untuk menzahirkan apa yang ada dalam kepala untuk direalisasikan ke dalam medium perkongsian. Ini akan mencegah pemyakit lupa dan akan melambatkan penyakit nyanyuk.

3. Selalu ‘bergaduh’



Tun M bagi contoh dia selalu bergaduh dengan Najib, sebab itulah dia masih tajam dalam pemikiran.

Bergaduh yang dimaksudkan oleh Tun M ialah kita hendaklah selalu berdebat dengan orang. Tak kiralah secara berdepan, dalam internet dan macam-macam lagi. Dengan berdebat otak kita akan lebih ligat untuk mencari idea dan fakta untuk patahkan hujah pihak lawan. Jadi ia akan mengaktifkan sel-sel otak.

Inilah petua dan tips supaya tidak nyanyuk masa tua. Dan ia telah dibuktikan oleh Tun M sendiri yang masih gagah berkerja dan berfikir untuk negara.

Selamat mengamalkan tips ini ya..! Moga ianya bermanfaat untuk semua.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini