Sebagai orang Islam kita diwajibkan beriman dengan perkara ghaib. Salah satu daripada perkara ghaib yang wajib kita yakini ialah wujudnya makhluk yang bernama jin.
Malah makhluk jin ini ada disebut secara jelas di dalam Quran dan Hadith. Selain daripada mereka hidup di dalam dimensi lain ataupun di alam lain yang sangat misteri, mereka juga ada yang beragama Islam dan ada yang masih kafir.
Jin ini jika ia memasuki alam kita, kita mampu melihat mereka. Jin ini juga ada jantan (lelaki) dan ada juga betina (wanita) dan hidup berkeluarga. Oleh itu mereka juga ada rasa suka dan cinta akan pasangan yang berlainan jenis.
Malah menurut ustaz yang pernah kami jumpa dan berbincang tentang hal ini, ada dikalangan jin yang mempunyai nafsu songsang iaitu menyukai kaum sejenis. Dengan ertikata lain, jin juga ada yang gay dan juga lesbian.
Dengan wujudnya perasaan suka dan cinta ini, ada segelintir jin yang jatuh cinta dengan manusia. Ini pernah diceritakan dalam banyak kitab-kitab daripada dulu lagi. Malah ada sesetengah jin ini tanpa betul-betul disedari telah melakukan hubungan badan dengan manusia yang dicintai.
Artikel kali ini menyentuh tentang tanda-tanda yang dapat dilihat pada seorang lelaki apabila ada jin suka dan jatuh cinta kepadanya. Ada 20 tanda yang lazim diperhatikan kepada sikap lelaki yang diganggu jin wanita yang jatuh cinta padanya.
20 Tanda-tanda paling jelas lelaki dicintai dan sering ditiduri Jin Betina pada waktu malam.
1. Mempunyai sikap dan perlakuan seperti wanita. Lelaki ini akan menjadi seperti seorang wanita yang lembut jiwanya. Contohnya dia boleh menjadi sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
2. Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Lelaki ini apabila berada di khalayak akan menjadi gementar dan gemuruh. Sekurang-kurangnya jari akan menggeletar. Tambah lagi jika si lelaki ini menjadi tumpuan masyarakat. Kegelisahan akan menjadi bertambah teruk sehingga boleh menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.
3. Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya lelaki ini akan selalu membayangkan yang dia sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut dikenal atau tidak, perempuan yang pernah dia lihat atau perempuan yang dicipta sendiri dalam bayangan dan khayalannya.
4. Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam. Berlainan dengan lelaki normal, lelaki yang dikacau oleh jin wanita yang mabuk cinta ini akan terdorong untuk berjalan seorang diri terutama di waktu malam.
5. Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama. Dia akan merasa bahagia dengan keadaan begini.
6. Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi dia sendiri tidak tahu siapa orang tersebut. Ini kadangkala akan membuatkan lelaki ini bingung dan murung.
7. Sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama dikenali. Bahkan lelaki yang telah dipikat oleh jin wanita ini juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8. Selalu didatangi oleh wanita samada yang dikenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada lelaki ini ketika lelaki ini mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.
9. Mungkin akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana lelaki ini dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi baginya tetapi bagi jin wanita itu, ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Ia akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada lelaki ini. Dari situ jin tersebut akan terus menjaganya dengan amat ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, lelaki ini akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan dia menghampiri atau menjadi gila. Atau lelaki ini akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10. Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan lelaki ini dalam bentuk manusia. Ketika ini dia akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengan jin wanita di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.
11. Apabila lelaki ini bangun pagi dia dapat merasakan seolah-olah ditemani oleh seseorang dan dia juga dapat merasakan seperti yang menemaninya itu adalah seorang wanita.
12. Apabila lelaki ini bangun pagi dia merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun dia sedar bahawa dia tidur berseorangan.
13. Kemungkinan pada wajah lelaki ini akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampinginya. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandangnya seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.
14. Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan lelaki ini akan mengalami kerasukan dimana dia dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta padanya.
15. Lelaki ini juga akan dapat merasakan bahawa dia sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja dia pergi.
16. Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemaninya. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.
17. Sekiranya jin yang mencintai lelaki ini merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka lelaki tersebut kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana jin wanita itu tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18. Sekiranya ditakdirkan lelaki ini berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangganya. Dia dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan lelaki ini dan isterinya bercerai supaya dia hanya menjadi miliknya.
19. Nafsu untuk melakukan hubungan intim lelaki ini juga akan menjadi tidak terkawal. Dia akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil jin betina itu menjadikan isterinya terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya lelaki ini akan memuaskan nafsunya dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20. Kalau ditakdirkan lelaki ini mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh lelaki ini ketika mendatangi anak tersebut, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.
Jadi apa yang boleh disimpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya.
Nasihat kami sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.