Tiada Lagi Motor Diatas Masjid Dalam Wedding Video Hadi Dan Farah Versi “Remastered”


Jika anda perasan baru-baru ini viral satu video perkahwinan yang bertajuk ‘Wedding Video Hadi Dan Farah’. Video tersebut yang menjadi sebutan ramai kerana tahap editing special effect 3D-nya yang sangat di luar kotak, menyebabkan majoriti penonton yang menonton video tersebut, terkesima dengan kualiti yang disampaikan hingga ada yang tertanya-tanya apakah maksud tersirat disebalik visual motor diatas masjid serta roket di awan?

Meskipun dalam situasi tertentu keunikan penyuntingan video adalah satu keperluan bagi menyerlahkan kreativiti sesebuah video, keunikan yang ditonjolkan dalam video tersebut oleh penyunting yang menggunakan nama Rezal Videographer adalah sesuatu yang diluar jangkaan akal fikiran seorang manusia.

Maka disebabkan itu, pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya itu meluahkan rasa tidak berpuas terhadap hasil yang diterima.

Terkesan dengan situasi tersebut, tampil satu pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Hypoxia Syndicate yang mana difahamkan mereka ini menyertai sebuah cabaran yang bagi memperbaiki serta membuat suntingan semula video tersebut agar tampil lebih baik berbanding versi asal.

Baca juga  Netizen Malaysia Mengamuk Sakan Dengan Vlogger Singapore Kerana Rosmah Mansor.

Hasilnya, sebuah video yang dilihat 10 kali ganda lebih baik berbanding versi asal, malah turut menerima komen-komen pujian daripada para netizen. Disaat artikel ini disiarkan, jumlah tontonan video versi “remastered” ini telah mencecah 120,000 tontonan.
Dan sudah semestinya melalui video baru ini sedikit sebanyak menggembirakan pengantin Hadi Dan Farah.

Nota: Berlakunya kes sebegini secara tak langsung memberi pengajaran kepada semua supaya lebih berhati-hati dalam memilih pakej videografer dimasa akan datang. Jangan kerana terlalu mengejar kemurahan, akhirnya memberikan hasil yang mengecewakan. Namun, tidak semestinya juga yang termahal memberikan hasil yang terbaik. Fikir-fikirkan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini