Mengambil gambar adalah satu perkara yang wajib semasa travel ataupun kembara. Ia adalah momen yang terindah yang takkan berulang dah dalam hidup kita. Contohnya kita berkelana ke Balkan. Tetapi kita tidak banyak mengambil gambar momen kita di sana. Entah bila kita akan sampai di sana lagi. Bukankan ianya satu kerugian. Balik travel mesti menyesal.
Tak kesahlah anda ambil gambar menggunakan kamera yang mahal ataupun hanya menggunakan smartphone, ianya adalah wajib. Malah jika anda bijak bermain dengan komposisi dan cahaya, mengambil gambar dengan smartphone juga boleh kelihatan seperti menggunakan kamera yang mahal.
Bergaya di dpean kamera juga memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Seeloknya, kita variasikan gaya kita sewaktu beraksi di depan kamera. Nanti tak adalah orang tengok kit asyik melakukan gaya yang sama sahaja dalam gambar. Tambah lagi gambar tersebut anda pamerkan sebelah menyebelah di dalam frem di rumah dan sebagainya.
Banyak latar belakang untuk mengambil gambar yang kita boleh gunakan. Sementelah lagi jika kita sedang travel. Gambar pemandangan di tempat orang yang terselit gambar kita di dalamnya memang menjadi feveret pengembara. Namun bukan pemandangan yang cantik sahaja boleh dijadikan latar belakang sesebuah foto.
Jika anda kreatif dinding juga boleh menjadi latar belakang yang tidak kurang hebatnya untuk sesebuah potret. Tambah lagi subjek pandai bergaya sakan. Ini tentulah akan membuatkan gambar tersebut menarik dan agak luar biasa.
Berikut adalah tips gaya ataupun pose sewaktu mengambil gambar berlatar belakangkan hanya dinding di tepi jalan:
1. Pose berjalan
Pilihlah sudut dinding yng paling menarik dan anda bergaya seperti orang yang sedang berjalan. Ini akan menampakkan gambar tersebut lebih hidup dan menarik. Lihat contoh posing berikut:
2. Kaki atas dinding
Anda bersandar di dinding sambil mengangkat sebelah kaki dengan melipatkannya ke belakang. Ia akan menjadikan subjek dalam gambar lebih bergaya dan cool:
3. Posing dengan kawan
Ajak kawan anda seorang atau lebih untuk turut sama beraksi di dalam gambar. Ini akan memeriahkan gambar foto tersebut di samping membawakan pelbagai mood kepada foto.
4. Posing bersama barangan
Pilih satu barangan kepunyaan anda. Tak kiralah apa barangan janji ianya menarik. Ia boleh jadi kamera anda yang akan menceritakan bahawa anda seorang yang meminati fotografi. Ataupun anda boleh juga memegang aiskrim untuk memberi gambaran anda enjoy makanan di tempat anda pergi dan sebagainya.
Ini akan membuatkan gambar di tepi dinding tersebut tampak lebih menarik dengan mata orang yang melihat akan lebih fokus kepada subjek yang beraksi memegang barangannya.
5. Duduk mencangkung atapun duduk yang lebih ranggi/bergaya daripada kebiasaan
Selain daripada berdiri di tepi dinding, and boleh mengubah gaya dengan duduk mencangkung di tepi dinding. Dengan sedikit kelainan daripada kebiasaan ini akan menarik perhatian orang yang melihat foto tersebut.
Itulah tips serta cadangan gaya ataupun pose yang boleh anda lakukan jika bergambar di tepi dinding. Ia akan menambahkan seri foto itu nanti. Namun perkara asas seperti komposisi dan pencahayaan perlu anda ikut. Jika tidak gambar anda akan jadi serba tidak kena. Dan ini akan memberi anda penyesalan yang tidak boleh dimaafkan kerana momen tersebut tak akan berulang lagi di dalam hidup anda.