•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kita dah semakin menghampiri satu lagi hari kesebesaran dalam Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Ia dipanggil dengan nama Hari Raya Korban kerana pada hari raya ini ummat Islam disunatkan melakukan ibadat Korban binatang peliharaan seperti Lembu, kambing, unta dan sebagainya.

Kita juga disunatkan memberi sedeqah sebahagian besar daging tersebut kepada fakir miskin, sanak saudara dan jiran tetangga. Amalan inilah yang menyebabkan freezer di rumah anda penuh dengan daging korban.

kredit foto: Bujang Susah 

Sebenarnya menyimpan daging korban bukan menyimpan secara sembarangan. Ada cara-cara dan kaedah yang perlu diikuti untuk menyimpan daging korban agar kualiti daging terjaga.

Berikut adalah beberapa cara yang disarankan:

1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN

Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Ini akan merosakkan kualiti daging tersebut. Mencuci daging tersebut hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.

2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK KE DALAM FREEZER

Jika dapat banyak daging korban, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging tersebut dengan ukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak dimasak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

Baca juga  Jangan Bagi Muka Pada Ejen Penarik Kereta Yang Tidak Ikut Prosedur.. Ini Tips nya...!
Daging korban sunat disedeqah kepada fakir dan miskin. kredit foto: http://aktivitis-surau.blogspot.com/

3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.

Sebelum disimpan di dalam freezer, simpan daging tersebut terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS

Jika hendak memasak daging beku, jangan cairkan ais pada/dalam daging atau daging yang beku tersebut menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. Tips tambahan

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah plastik hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanker. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal….!!!

Semoga tips yang kami dapat melalui perkongsian group whatsapp ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Jangan lupa kongsikan tips yang berguna ini kepada saudara mara dan rakan taulan serta di media sosial.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini