Rakyat Malaysia masih kurang peka terhadap keselamatan kanak-kanak ketika berada didalam kenderaan. Ini dibuktikan dengan sikap sambil lewa ibu bapa dalam mengenakan pemakaian car seat ketika pergi ke mana-mana.
Untuk makluman, di negara barat contohnya, penggunaan car seat adalah satu kemestian bagi mereka yang mempunyai anak-anak kerana aspek keselamatan pemandu dan penumpang adalah keutamaan mereka yang tinggal disana.
Walaupun di Malaysia undang-undang yang mewajibkan penggunaan car seat masih belum diimplementasikan, namun bagi tujuan keselamatan anak-anak tidak ada salahnya jika golongan ibu bapa ini melaburkan sedikit wang untuk mencapai tujuan tersebut.
Sebagai persediaan, kerusi khas kanak-kanak ini sebaiknya harus dibeli sebelum anak dilahirkan. Ini bagi membuat persediaan apabila menyambut kepulangan anak yang dilahirkan di hospital kelak.
Di pasaran, terdapat pelbagai jenis car seat yang boleh dipilih. Sama ada daripada jenama ternama ataupun yang kurang popular. Akan tetapi, jenama ternama bukanlah bermaksud ianya adalah yang terbaik. Sebaliknya, ciri-ciri yang ditawarkan adalah yang perlu dititik-beratkan.
Bagaimanakah caranya untuk memilih car seat yang sesuai dengan anak-anak kita? Baik, pertama sekali harus kita ketahui bahawa terdapat 3 jenis car seat yang berada di pasaran.
1. Infant Car Seat
Car seat jenis ini direka untuk bayi dan ianya boleh menampung berat bayi sehingga 13kg mengikut jenama-jenama tertentu.
Didatangkan dengan lapisan span yang tebal dan mempunyai mekanisme kuncian khas yang memberikan keselamatan maksimum kepada bayi di dalam kereta. Penggunaan car seat ini perlu diletakkan menghadap ke arah belakang, kerana fungsinya untuk mengelakkan kecederaan kepada leher bayi. Maka disebabkan itu, car seat jenis ini lebih sesuai digunakan untuk tahun pertama bayi yang mana ketika itu leher bayi masih lagi tidak kuat.
Infant car seat direka dengan bentuk yang kecil. Justeru itu, ia mudah diangkat keluar masuk ke dalam kereta kereta dan bergantung juga kepada jenama-jenama tertentu, ada diantaranya boleh dipadankan kepada stroller.
Namun begitu penggunaan infant car seat ini mempunyai had masa yang singkat. Ini kerana bayi cepat membesar, jadi sekiranya kepala bayi telah melebihi paras hujung kerusi atau berat badan bayi sudah melebihi had yang ditetapkan dinasihatkan supaya anda menukarnya kepada convertible car seat atau all in one car seat.
2. Convertible Car Seats
Car seats jenis ini adalah merupakan car seats di peringkat kedua dimana pada peringkat ini ia adalah yang terbaik diantara ketiga-tiga jenis yang ada. Car seat jenis ini dipanggil Convertible Car Seats kerana ciri-cirinya yang membolehkan ia diletakkan menghadap ke depan ataupun ke belakang.
Ianya juga mampu menahan berat bayi sehingga 20-40 kg bergantung kepada model dan jenama, dan secara umumnya ia bersesuaian untuk penggunaan dari bayi yang berumur 1 tahun keatas sehingga ke umur 4 tahun.
Namun begitu, car seat jenis ini lebih berat daripada Infant Car Seat kerana ia tidak begitu mudah untuk dibawa keluar masuk kereta. Akan tetapi dari segi ekonomi ianya lebih murah dan tempoh penggunaanya juga lebih lama.
3. Booster Seats
Booster seats adalah peringkat akhir dalam menyediakan kerusi keselamatan kepada anak-anak di dalam kereta. Ia secara ringkasnya tidak memberikan keselamatan kepada anak-anak seperti infant car seats atau Convertible Car Seats. Akan tetapi kehadirannya dapat meninggikan kedudukan anak-anak supaya tali pinggang keselamatan boleh dipasang dengan betul.
Terdapat 2 jenis booster seats yang dijual di pasaran iaitu High Back Booster Car Seat dan Booster Car Seat, perbezaan ketara diantara kedua-dua jenis ini adalah satu mempunyai penyandar belakang manakala satu lagi tidak mempunyai penyandar belakang.
Panduan membeli car seat
Selain daripada mengetahui jenis-jenis car seats yang dijual di pasaran, antara tips lain yang mungkin membantu golongan ibu bapa ketika membeli car seats adalah seperti berikut:
Pastikan car seat yang dibeli tidak terlalu besar dan muat ke dalam kereta sekiranya diletak dalam keadaan baring. Ini kerana car seats yang terlalu besar akan memakan ruang yang berlebihan sekaligus menyukarkan anda untuk memuatkan barangan lain sekiranya pulang ke kampung ataupun lain-lain.
Pilih juga car seats yang bersesuaian dengan berat dan umur anak kita, murah atau mahal bukan jadi ukuran. Yang penting ianya memenuhi piawaian tahap keselamatan seperti piawaian Malaysia (MS 594:1995) dan piawaian United Nations (ECE R44.03 atau R44.04).
Disarankan juga anda mencari car seats yang mempunyai standard antarabangsa ISOFIX bagi memudahkan anda memasangnya didalam kereta.
Dan akhir sekali, jangan lupa untuk daftarkan warranty car seat yang baru dibeli bagi mengelakkan kerosakan ataupun penipuan.