Tips Dan Petua Halau Haiwan Perosak


Serangga dan haiwan perosak memang merunsingkan. Ia bukan saja membuat kita rasa tak selesa, tapi kalau tidak dibanteras habis-habisan ia juga boleh membawa masuk pelbagai bakteria dan kuman ke dalam rumah. Masalahnya, bukan semua rumah boleh menggunakan racun atau bahan kimia, lebih-lebih lagi mereka yang alergik atau ada anak kecil.

Ohsempoi ingin berkongsi tips dan petua yang boleh diamalkan untuk menghalau haiwan perosak dari terus mengganggu kehidupan kita.

1. Semut
Taburkan serbuk kopi dikawasan yang sering menjadi tumpuan semut seperti di atas meja. Semut akan menjauhi kawasan tersebut.

2. NyamukLetakkan kulit limau dalam bilik atau rumah kerana nyamuk tidak akan menghampiri kawasan tersebut.

3. Tikus
Taburkan serbuk lada hitam di kawasan laluan tikus. Tikus tidak akan melalui kawasan tersebut.

4. Lipas
Hiris halus daun salam dan taburkan di kawasan yang mempunyai lipas seperti di bilik store simpanan. Lipas akan lari dan tidak akan kembali lagi ke ruangan tersebut.

5. Cicak
Sapu dan letak tembakau di celahan dinding atau siling. Cicak tidak gemarkan bau tembakau dan akan pergi meninggalkan kawasan tersebut.

6. Lalat
Hiris daun pandan kepada potongan kecil dan letakkan di kawasan yang sering menjadi persinggahan lalat seperti di atas meja atau dalam kabinet makanan.

Petua yang dikongsikan ini bukan untuk membunuh haiwan perosak tapi hanya sekadar untuk menghalau dari kawasan yang menjadi tumpuan. Petua ini mungkin tidak berkesan bergantung kepada faktor-faktor lain seperti bilangan haiwan perosak yang terlalu banyak.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini