Tips dan Petua Keluarga Bahagia Oleh Ustaz Hanafi Malek

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Semalam kami berkesempatan menonton FB Live daripada pendakwah bebas Ustaz Hanafi Malek. Video dirakam oleh beliau sewaktu sedang menaiki kereta kabel ke puncak Genting Highland. Kreatif Ustaz Hanafi. Pelbagai medium digunakan beliau untuk berdakwah.

Ustaz Hanafi ni ramai orang suka dengar tazkirah beliau. Sebabnya cara penyampaian beliau amat bersahaja dan ada unsur lawak jenaka. Memang tak mengantuk kalau dengar ceramah beliau. Ceramah beliau juga banyak diselitkan dengan isu-isu semasa. Itu yang jadi ceramahnya bertambah menarik..

Sesiapa yang biasa ikuti Ustaz Hanafi Malek baik mendengar ceramah beliau secara langsung maupun mendengar melalui media sosial dan media eletronik yang lain, pasti mengetahui yang Ustaz Hanafi sedang menghidap penyakit Kanser. Namun kegiatan dakwahnya masih diteruskan walaupun kudratnya tidak segagah dulu.

Tapi sekarang jika dilihat dalam klip video live beliau ni, nampak macam kesihatannya bertambah baik. Badan beliau pun dah naik sedikit. Alhamdulillah. Moga Ustaz Hanafi terus diberi kesihatan yang baik untuk membolehkan beliau melakukan dakwah secara berterusan.

Tips dan petua rumahtangga bahagia oleh Ustaz Hanafi Malek

Menurutnya, tips rumahtangga bahagia ni ada 2:

1. Doa

Nak tak nak kita sebagai hambaNya yang amat lemah memang mengharapkan pertolongan Allah. Jadi mintalah kepada Allah semoga tumahtangga kita kekal bahagia hingga ke syurga. Ada ayat Al-Quran yang dicadangkan oleh Ustaz sebagai doa untuk amalan kita:

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukan hati melihatnya, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.
~ Surah AlFurqan, ayat 74

2. Kena amalkan Formula 7P

Selain daripada minta pertolongan Allah, usaha juga kena ada. Doa tanpa usaha adalah konsep yang salah. Berikut adalah amalan 7P yang kita kena praktikkan:

1. Perhatian

Kita kena beri perhatian kepada pasangan kita. Jadikan isteri perkara nombor satu untuk diberi perhatian selepas kewajipan agama yang lain. Jangan lebihkan orang lain kecuali ibubapa kita. Ambil berat tentangnya. Dengar ceritanya. Dengar masalahnya. Kurangkan bersama kawan-kawan jika itu menyebabkan perhatian kepada isteri terabai.

Baca juga  Panduan untuk ibu bapa yang anak kecil tidak mahu makan

2. Puji

Kenalah puji isteri. Dia berkhidmat untuk kita dan keluarga kot. Isteri yang berkerja rela berpenat berlelah demi untuk membantu suami menambahkan pendapatan keluarga. Demi kesenangan keluarga. Isteri yang surirumah nampak tidak berkerja tetapi kerjanya lebih teruk daripada kerja makan gaji. Jadi pujilah isteri. Bagi dia rasa dihargai..!

3. Peluk

Ini pun jadikanlah amalan. Sebelum keluar rumah peluklah isteri. Sebelum pergi kerja peluklah isteri erat-erat. Amalan ini bagus sebenarnya. Mengikut kjian sains pun memeluk isteri ni bagis untuk kesihatan.

4. Pendidikan

Berilah pendidikan kepada isteri. Semasa baru-baru kahwin tu setkan SOP untuk rumahtangga. Bagitau isteri macamana kita nak isteri layan kita. Berilah pendidikan agama kepada isteri. Ini kewajipan suami. Ilmu agama cetek? Silalah suami upgrade diri pergi belajar agama. Sekali sekala galakkan isteri pergi belajar ilmu agama dengan ustaz ustazah kat surau/masjid tu.

5. Pujuk

selagi dia bernama wanita, isteri adalah insan yang amat kompleks jiwanya

Isteri ni perempuan. Jiwanya sensitif. Maka pujuklah dia di kala dia merajuk. Jangan suami ni ego sangat. Nak suruh isteri jer pujuk dia. Suami kena la selalu pujuk isteri…

Susah..? Ya memang susah..! Sebab jiwa perempuan ini kompleks. Tapi cubalah pujuk. Banyakkan sabar.

6. Penghargaan

Selalu bagi penghargaan buat isteri. Sesekali bagilah hadiah untuk gembirakan hatinya. Sesekali bawalah dia berjalan-jalan ataupun melancong. Tak perlu pergi luar negara pun. Dalam negara pun banyak tempat yang menarik. Janji dia gembira dan rasa dihargai

7. Periksa

Periksa diri. Muhasabah diri. Tanya isteri kita ni ok ke tidak. Minta jawapan jujur isteri. Lepas tu cuba ubah diri kita.

InsyaAllah kalau amalkan 7 amalan atau tips rumahtangga bahagia ini, rumahtangga akan sentiasa segar dengan kuntuman kebahagiaan. Hidup berkeluarga ini ibarat berlayar dilautan luas. Kadangkala dipukul badai gelombang gila. Hadapilah dengan Doa. Berserta ilmu dan kesabaran kita. InsyaAllah kebahagiaan akan kekal hingga ke syurga.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini