Tips dan Petua Untuk Elakkan Strok Haba (Heat Stroke)


Sekarang ni makin kerap cuaca panas melanda negara kita. Tambah pulak dengan fenomena jerebu, makin rimas jadinya. Nampak langit macam redup, tapi bila keluar, panasnya memang tak tertahan.

Bila panas macam ni ada kemungkinan boleh terkena strok haba. Biasa dengarkan perkataan strok haba ni. Tapi apa strok haba ni? Ia adalah keadaan di mana paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah Celcius.

Strok Haba ni jangan diambil mudah. Ia boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan segera. Baru-baru ini ada berita tentang beberapa orang askar yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami strok haba akibat membuat latihan didalam cuaca panas.

Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. Manakala tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Ada beberapa langkah, tips ataupun petua untuk elakkan strok haba ini. Ia dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan tidak lama dulu.

Tips dan Petua untuk elakkan daripada terkena strok haba

1. Banyakkan minum air kosong

Minum air kosong ya. Air kat kedai mamak tak dikira. Tak kiralah aktiviti anda macamana. Baik yang banyak keluarkan peluh dan tenaga maupun yang kurang berpeluh.

2. Gunakan kipas atau pendingin hawa

Jangan berkira dengan kos. Masa berada di rumah maupun di pejabat, sentiasalah gunakan kipas angin. Ada pendingin hawa lebih baik.

3. Lebihkan masa di rumah

Ini bukanlah masa yang terbaik untuk melakukan banyak aktiviti diluar. Banyakkan berada di dalam rumah. Gunalah masa ini untuk bermesra bersama keluarga.

4. Pakai losyen pelindung suria

Penggunaan losyen pelindung suria ataupun ‘sun block’ amat digalakkan pada waktu panas macam ni. Tak kiralah jenama apa piluhan anda, simpan dan bawa bersama satu losyen pelindung suria bersama anda setiap masa. pilihlah losyen pelindung suria SPF 30 ke atas.

5. Kurangkan minum minuman beralkohol, berkafein dan bergula

Dengan erti kata lain, kurangkan aktiviti melepak di restoran mamak. Di samping dapat mengurangkan risiko terkena Strok Haba ia juga amat ideal untuk mengurangkan risiko kebocoran poket.

6. Pakai pakaian yang longgar, ringan dan berwarna terang

Jika ada pakaian yang jenis cotton lagi elok. Yang pasti ia mestilah longgar dan rungan untuk keselesaan dan perpeluhan. Seeloknya pilihlah yang berwarna terang supaya ia tidak menyerap haba daripada matahari

7. Jangan sesekali duduk di dalam kenderaan yang tertutup tanpa pendingin hawa

Tolong hindarkan yang ini. Malah duduk dalam kenderaan yang tidak bergerak dengan menutup rapat cermin tingkap juga kurang bagus walaupun dengan pendingin hawa yang terpasang. Ini adaah kerana kita akan mengalami kekurangan oksigen

8. Minum minuman isotonik

Ini adalah untuk menggantikan garam dalam badan yang hilang akibat banyak berlaku perpeluhan. Jika ini berlaku badan akan cepat terhidrat. Minuman isotonik mampu menggantikan garam yang hilang daripada badan dengan cepat sekaligus dapat mengurangkan risiko hidrasi.

9. Gunakanlah payung ataupun topi jika keluar

Ini untuk mengelakkan pancaran cahaya matahari dan haba terus terkena badan kita.

Cubalah tips atau petua daripada Kemenerian kesihatan ini untuk mengurangkan risiko dan mengelakkan daripada terkena Strok Haba. Kongsikan kepada rakan-rakan dan saudara mara untuk manfaat mereka.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini