Tips Ketika Menghadapi Ribut Taufan


Seperti umum ketahui, 2 hari lepas, satu ribut taufan telah membadai negeri yang terletak paling utara Malaysia, Perlis. Hujan lebat berserta angin kencang melebihi 70 kmh, melanda hampir sejam di negeri ini menyebabkan beberapa mercu tanda dan pokok besar tumbang.

Banyak kawasan dan penempatan yang terjejas. Ada juga kemalangan yang meragut nyawa akibat fenomena ribut taufan ini. Tidak kurang juga yang tercedera akibat terkena serpihan tajam akibat angin kuat.

Adakah kemalangan jiwa dan kecederaan ini dapat dielakkan sekiranya anda mengetahui tips ketika ribut taufan? InsyaAllah..

Kami kongsikan beberapa langkah-langkah penting yang patut diambil ketika fenomena ini berlaku.

Tips Ketika Menghadapi Ribut Taufan

  • Apabila ribut petir/kilat mula melanda, dapatkan perlindungan samada di dalam rumah, bangunan atau kenderaan.
  • Jika berada di kawasan terbuka atau di dalam hutan, cari perlindungan di kawasan tanah rendah atau di bawah pohon rimbun yang rendah.
  • Jangan mandi kerana peralatan di bilik mandi boleh menyalurkan arus elektrik.
  • Jangan gunakan telefon, kecuali semasa kecemasan.
  • Tanggalkan semua plag elektrik dan matikansemua peralatan elektrik seperti komputer dan alat penghawa dingin.

ribut taufan perlis

Perkara-Perkara Yang Perlu Dielakkan:

  • Berada di kawasan terbuka atau kawasan tinggi
  • Berlindung di bawah pokok-pokok tinggi.
  • Menggunakan telefon, peralatan elektrik dan elektronik
  • Memegang benda-benda daripada bahan logam.
  • Jangan ke laut dan patuhi arahan pihak berkuasa jika ribut berlaku.

Doa Ketika Menghadapi Ribut Taufan

Ini adalah doa ketika menghadapi ribut taufan atau angin kencang.

اللّهُـمَّ إِنَّـي أَسْـأَلُـكَ خَيْـرَها، وَخَيْـرَ ما فيهـا، وَخَيْـرَ ما اُرْسِلَـتْ بِه، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّها، وَشَـرِّ ما فيهـا، وَشَـرِّ ما اُرْسِلَـتْ بِه.

Allaahumma ‘innee ‘as’aluka khayrahaa, wa khayra mafeeha, wa khayra ma ‘ursilat bihi wa a’oodhu bika min sharrihaa, wa sharri mafeeha, wa sharri maa ‘ursilat bihi”.

Ya Allah, aku mohon pada-Mu kebaikan dari angin ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya, dan kebaikan dari apa yang dihantar dengannya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya, dan dari kejahatan yang ada dalamnya, dan dari kejahatan yang dihantar dengannya.

Diharap tips ini sedikit-sebanyak membawa anda sekiranya berlaku ribut taufan/petir di kawasan anda. Semoga kita semua dilindungi setiap masa.

 


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini