120 pelancong terkandas di KLIA

KUALA LUMPUR – Impian kira-kira 120 individu untuk menikmati percutian ke benua Eropah lebur selepas mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kelmarin dipercayai akibat ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

Kesemua mangsa yang tiba dari negeri di utara dan selatan tanah air turut mengalami kerugian lebih RM810,000 selepas dimaklumkan nama mereka tiada nama senarai penumpang untuk pener­bangan ke Turki, Paris serta Santorini.

antara yang terkandas di KLIA akibat ditipu oleh agensi Travel bebaru ini

Selain itu, tiada wakil agensi pelancongan ber­kenaan di lokasi sebalik­nya rata-rata mereka yang menunggu sejak tengah hari telah menerima panggilan pada pukul 9.35 malam daripada agensi itu memaklumkan pe­nerbangan mereka dibatalkan.

~kredit: Kosmo Online~

Selalu juga kita mendengar tentang kes penipuan macam ni kan? Kes-kes macam ni lah yang membuatkan orang ramai semakin susah nak percaya kepada agensi travel yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di luar sana.

Agensi travel terutama yang menawarkan perkhidmatan kembara ke luar negara dikehendaki orang ramai kerana mereka memudahkan orang ramai yang hendak melancong ke luar negara. 

Apa tidaknya, dengan membayar sejumlah wang yang tertentu, kita tidak perlu lagi memikirkan tentang perbelanjaan di sana, pengangkutan, tempat tinggal, ittinerary, urusan imigresen dan lain-lain hal yang berkaitan. 

Bayar sahaja harga yang ditetapkan, dan tunggu masa saja untuk travel.

Tips Macamana Nak Pilih Agensi Travel Terbaik Untuk Melancong Ke Luar Negara

Sebenarnya boleh jer kalau kita nak gunakan agensi travel ni sebagai perantara dan pemudah cara untuk kita melancong ke luar negara. Cuma kita kena bijak dalam memilih travel agensi yang bakal kita berurusan.

Berikut adalah ciri-ciri agensi travel yang perlu anda pertimbangkan sebelum membayar mereka sejumlah wang untuk melancong ke luar negara.

1. Agensi Travel yang dipercayai

Dapatkan rujukan daripada rakan atau kenalan yang pernah mengikuti trip kembara agensi travel tersebut. Bagaimana layanan dan ‘input’ yang mereka dapat daripada agensi travel tersebut.

Lihat macamana respons peserta travel selepas balik daripada trip luar negara. Jika banyak pujian daripada mereka, pastilah syarikat agensi travel itu bagus. Pasti akan ada seorang dua yang tidak berpuashati dengan syarikat agensi travel setelah mereka mengikuti trip. Itu biasa..!

pelanggan yang gembira dan berpuashati dengan agensi travel tidak mustahil akan ulangi trip ke luar negara dengan syarikat itu lagi di masa mendatang

Tapi kita tengok juga adakah itu ‘kes terpencil’ ataupun kes regular. Jika kes terpencil kita boleh simpan tepi kerana ia Hanya mewakili beberapa peratus sahaja daripada respons keseluruhan.

Tengok juga berapa ramai yang sudah menjadi regular customer dan sudah buat repeat trip dengan agensi travel tersebut. Jika ramai yang buat trip ulangan, ia memberi maksud bahawa syarikat travel tersebut benar-benar bagus.

Baca juga  5 Fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Taman Tema 20th Century Fox World di Genting Highland

2. Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia

Periksa lesen mereka. Pastikan mereka berdaftar sebagai syarikat yang sah untuk perniagaan pelancongan mereka. Ini boleh memastikan mereka dipercayai. 

Agensi Travel yang serius dalam bisnes mereka dan punya sokongan kewangan yang kuat biasanya berdaftar dengan MOTAC

Ini adalah kerana apabila mereka telah berdaftar dengan Kemeterian Pelancongan Malaysia, mereka akan dikawal selia oleh badan kerajaan tersebut. Segala masalah yang timbul, kita boleh mengadu kepada kementerian pelancongan. Mereka sekurang-kurangnya dapat membantu kita menyelaesaikan masalah yang timbul (jika ada).

3. Berpengalaman menguruskan pakej pelancongan

Lagi lama pengalaman syarikat tersebut lagi bagus. Ada sesetengah syarikat agensi travel tersebut syarikat baru. Tetapi tuan punya dan staff syarikat tersebut sudah mempunyai pengalaman yang lama. Ini juga boleh diambil kira.

Pengalaman mereka yang lama memberi gambaran tentang keseriusan mereka dalam perniagaan mereka. Lamanya syarikat mereka di pasaran memberi gambaran bahawa syarikat mereka mendapat sokong pelanggan yang ramai.

4. Tour leader yang bagus layanan dan pengalamannya

Ini juga penting kerana tour leader ni lah orang yang akan sentiasa bersama-sama kita di luar negara nanti. Segala maklumat tentang tempat yang dilawati akan disalurkan kepada kita melalui mereka yang banyak pengalaman. Pengalaman mereka juga akan memudahkan perjalanan kita di sana nanti.

5. Pilihan airlines, hotel dan makanan yang terbaik.

Tengok juga pilihan penerbangan, hotel dan makanan yang disediakan untuk anda semasa di sana. Jika perkara-perkara ini adalah yang terbaik untuk kita, maka bolehlah pilih agensi travel ini.

Faktor penentuan harga Pakej pelancongan

Ingat..! Jangan putuskan untuk mengikuti trip sesebuah syarikat agensi travel hanya kerana mereka menawarkan harga yang rendah. Satu-satu harga pakej trip ke luar negara diletakkan berpandukan dengan banyak faktor.

Antaranya adalah penerbangan, hotel dan makanan. Ketiga-tiga benda ni agak penting semasa di sana. Jangan kerana harga yang murah, keadaan makan minum dan tidur kita di sana terabai.

Makan dan tidur yang tidak cukup boleh memberi kesan kepada kesihatan kita di sana. Ingat! Kos perubatan di sana amat mahal jika kita mendapat sakit semasa melancong di luar negara.

kos travel

Insurans, Tips, dan tambang masuk ke satu-satu tempat di sana juga akan membezakan harga sesuatu pakej pelancongan. 

Jadi pastikan anda tahu semua tentang perkara-perkara di atas untuk menjustifikasikan harga yang ditetapkan.

Moga tips ini dapat memberi anda gambaran macamana nak memilih agensi travel terbaik untuk anda melancong ke luar negara.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini