•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kerap kali berlaku kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan yang menjadi kerisauan kepada semua ibu bapa dalam memilih pusat asuhan taska untuk si kecil.

Dalam memilih pusat asuhan yang terbaik untuk anak, kita perlu mengambil kira pelbagai aspek dan membuat sedikit kaji selidik supaya tidak tersalah memilih pusat asuhan.

Berikut kami kongsikan tips yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memilih pusat asuhan yang terbaik untuk si kecil.

1. Berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM)
Taska yang berdaftar akan sentiasa dipantau dan diwajibkan memenuhi kriteria dan piawaian keselamatan yang ditetapkan.

2. Penjaga yang terlatih dan bertauliah
Penjaga mestilah terlatih dan mempunyai sijil pengendalian kanak-kanak. Ini bertujuan supaya penjaga tahu apakah yang perlu dilakukan bagi membantu perkembangan kanak-kanak.

3. Persekitaran yang selamat
Persekitaran tempat asuhan mestilah Child Friendly. Contoh persekitaran yang selamat adalah pintu berkunci, mempunyai laluan kecemasan, bebas dari kawasan merbahaya dan peralatan tajam, mempunyai SOP yanh lengkap semasa mengambil dan menghantar anak.

Baca juga  Langkah kecemasan sekiranya anak tercekik tulang

4. Nisbah penjaga dan kanak-kanak
Taska yang berdaftar dengan JKM perlu mematuhi nisbah yang ditetapkan dan tidak boleh mengambil kanak-kanak melebihi bilangan yang dibenarkan. Ibu bapa perlu mengetahui bilangan kanak-kanak dan penjaga yang terdapat di taska.

5. Modul pembelajaran
Ibu bapa perlu tahu apakah aktiviti yang disediakan di taska. Bukan sekadar tempat asuhan tetapi juga menyediakan modul pembelajaran yang sesuai dengan usia mereka.

6. Mediakan makanan seimbang
Ibu bapa perlu mengambil tahu tentang jadual pemakanan yang disediakan di pusat asuhan dan pastikan menu yang disediakan adalah pelbagai dan seimbang.

Dengan mengambil kira perkara-perkara asas seperti ini, sekurang-kurangnya ibu bapa rasa lebih selamat dan yakin untuk meninggalkan anak kepada jagaan pusat asuhan ketika keluar bekerja.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini