Sebelum memasuki alam pekerjaan, anda terlebih dahulu perlu melepasi peringkat temuduga yang biasanya dilaksanakan bagi memilih calun terbaik dikalangan mereka yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan.

Persaingan zaman kini adalah sangat sengit, semua orang memiliki kelayakan dan keistimewaan tersendiri tapi bagaimana untuk anda serlahkan kelebihan anda ketika sesi temuduga berlangsung.

Apa yang penting adalah anda tidak berasa gemuruh dan dapat melalui sesi temuduga dengan lancar dan penuh keyakinan. Adakalanya anda mempunyai jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh penemuduga tetapi disebabkan perasaan gemuruh, anda tidak dapat mengendalikan situasi tersebut dengan lancar.

Berikut kami kongsikan beberapa tips bagi mengawal perasaan gemuruh anda ketika sesi temuduga.

1. Ketahui diri anda dengan jelas
Dari segi motif mengapa anda perlukan kerja tersebut dan ketahui juga kekuatan anda yang sesuai dengan jawatan yang dipohon.

2. Percaya kepada diri sendiri
Apabila anda sudah mengkaji syarikat/organisasi yang sedang anda lamar itu, ketahui kunci kemahiran dan pengetahuan anda yang paling baik untuk memastikan anda adalah orang yang paling sesuai untuk jawatan tersebut.

Baca juga  Cara Bersihkan Aircond Yang Mudah Dan Ringkas - DIY

3. Lakukan “mock-up interview”
Adakan sesi “mock-up interview” atau rehearsal interview bersama kenalan anda bagi meningkatkan keyakinan diri.

4. Jangan takut gagal
Faham8 bahawa ia bukan situasi lulus atau gagal tapi hakikatnya anda perlu lakukan yang terbaik dan sentiasa fokus dengan apa yang anda lakukan. Tunjukkan yang ada adalah seorang yang tenang dalam menghadapi sesuatu situasi.

5. Jangan membuat perbandingan
Jangan sesekali meletakkan tekanan kepada diri anda dengan membuat perbandingan diri anda dengan calon lain. Ini kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Ingatlah bahawa perasaan gemuruh boleh menyebabkan anda tidak dapat menyerlahkan keistimewaan yang anda ada malah boleh menunjukkan kelemahan anda. Sentiasa ingat bahawa rezeki datangnya dari Allah dan Allah tahu apakah yang terbaik untuk anda. Apa yang penting, lakukan persediaan yang sepatutnya dan berpenampilan sesuai mengikut jawatan yang dipohon.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini