Jangan biarkan anak anda mengganggu kehidupan suami isteri anda. Asingkan tempat tidur anak sebelum terlambat. Semakin mereka membesar, semakin susah untuk mereka tidur sendirian.
Masalah biasa ibu bapa sekarang adalah untuk asingkan tempat tidur anak. Berikut ada 10 langkah yang boleh diamalkan untuk asingkan tempat tidur anak.
- Sediakan ruang tidur khas untuk anak mengikut minat mereka. Contohnya jika anak meminati watak Mickey Mouse, hiasi bilik mereka dengan dekorasi Mickey Mouse.
- Libatkan si anak dalam urusan dekorasi biliknya supaya dia dapat merasai keterujaan mempunyai bilik sendiri. Contohnya ketika memilih wall paper, berikan peluang kepadanya untuk dia menentukan pilihan sendiri.
- Simpan semua permainan miliknya di dalam bilik tersebut. Jangan lupa sediakan ruangan khas untuk menyimpan permainan tersebut supaya dia merasai tanggungjawab untuk menyimpan permainannya sendiri selepas bermain.
- Cat dinding bilik mengikut warna pilihannya dan lakukan kerja-kerja mengecat bersama-samanya.
- Hadiahkan bantal kartun animasi kegemarannya supaya dapat dijadikan teman ketika tidur.
- Sediakan ruang belajar di dalam biliknya.
- Pastikan bilik tidak terlalu gelap. Sediakan lampu tidur yang menarik untuknya.
- Jangan terlalu memaksa untuknya tidur sendirian. Lakukan secara berperingkat dengan menemaninya tidur pada permulaannya.
- Jangan tutup pintu bilik dia dan pintu bilik anda. Anak anda mungkin akan berjaga ditengah malam dan datang ke bilik anda. Jika itu berlaku, bawanya semula ke bilik dan tidur bersamanya.
- Berikan pujian kepada anak anda apabila dia berjaya tidur sendirian.
Selamat mencuba. Lepas ni boleh la tidur berdua macam pengantin baru. Hehehe…