•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baru-baru ini sekali lagi rakyat Malaysia dan dunia dikejutkan dengan kematian bayi perempuan yang disyaki akibat menjadi mangsa penderaan fizikal dan juga disyaki dirogol oleh suami kepada pengasuhnya.

Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal yang berusia 11 bulan atau panggilan manjanya, Zara meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa di Hospital Serdang apabila dimasukkan ke hospital itu dalam keadaan tenat. Al fatihah untuk arwah.

Semoga kekejaman yang dilakukan ke atas anak comel ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Hari demi hari, berita sebegini seolah-olah tiada penghujungnya. Hendak diharapkan pada siapa? Jiran-jiran, kerajaan atau diri sendiri?

Perkara paling ringkas, paling tidak, tolong peka terhadap anak kita supaya kita boleh ambil langkah atau tindakan awal in case ada benda yang tak betul berlaku.

Sebelum hantar ke pusat jagaan dan selepas mengambil anak-anak dari pusat jagaan, kita sama-sama check anak kita hari-hari ye..

1. Periksa Badan Anak:

Setiap kali anda angkat anak dari pengasuh, sila periksa setiap inci tubuh anak kalau ada sebarang kesan lebam atau tanda² kecederaan, check waktu mandi atau waktu anak tidur. (terutamanya baby).

Kalau ada, ambil gambar dan tulis nota berkenaan kecederaan tersebut untuk simpanan anda.

Juga, tanya pengasuh, tunjuk gambar kecederaan dan minta penjelasan daripada mereka , kenapa ada kesan lebam, benjol, luka dan lain-lain.

Anak jatuh ke? Gaduh ke?

Periksa bahagian kepala anak, Jangan malas nak selak-selak rambut anak.

Minta pengasuh beritahu kalau anak anda ada bergaduh dengan budak lain atau jatuh semasa bermain.

Anda patut take note kalau anak ada kecederaan berulang, pengasuh berdalih atau kasi bermacam alasan terhadap perkara yang berulang.
_
2. Peka Terhadap Tingkah laku dan Psikologi anak:

Sepanjang kita menggaji pengasuh, kita kena peka terhadap tingkah laku dan sikap anak, sila perhatikan sama ada anak anda berkelakuan diluar kebiasaan. Take note kalau anak kita takut dengan pengasuh atau someone yang ada di rumah pengasuh.

– Kasi perhatian bila anak kerap menagis.
– Kasi perhatian bila anak rasa takut dengan seseorang.
– Kasi perhatian bila anak selalu mengigau.
– Kasi perhatian kalau anak kita mengadu tentang pengasuh.
– Kasi juga perhatian kalau anda ada tunjukan ‘anxiety’, nervous bila kita hantar mereka kepada pengasuh.
– Kasi perhatian kalau anak jadi kurang makan (hilang selera makan) atau menagis bila kita kasi makan/susu.

Baca juga  Anak dibuli di sekolah? Ini tindakan yang sepatutnya ibu bapa ambil.

Jangan sesekali ‘back up’ pengasuh atau ‘menafikan’ cerita anak jika anak mengadu tentang sesuatu, Ini bagi menjaga keterbukaan anak terhadap kita, kalau anak rasa ragu, takut atau tidak percaya ibu/bapa sendiri, keterbukaan mereka pada kita mungkin akan berkurangan dan anak akan simpan kebanyakan benda yang mereka alami atau lalui sepanjangan dalam jagaan orang.

Layankan saja apa yang anak cerita..

Nota: Kalau anak kuat memberontak, itu mungkin satu petanda yang mereka ada pendam sesuatu.
_
3. Banyak Bertanya dan Tunjuk Prihatin Anda Terhadap Anak Kepada Pengasuh.

Setiap kali ambil anak, tanya pengasuh apa yang anak buat, ada menangis tak? Ada bergaduh atau jatuh tak? Pengasuh kasi makan apa? Ada begaduh dengan budak lain tak? Dan lain-lain untuk menunjukan yang kita peka terhadap anak.

  • Jangan percaya pengasuh 100%.
  • Periksa keadaan rumah pengasuh dalam bab kebersihan dan juga keselamatan untuk budak.
  • Jangan bersikap sambil lewa atau jenis acuh tak acuh terhadap kecederaan atau perubahan sikap anak bila kita hantar mereka pada orang lain.
  • Jangan hantar anak kepada pengasuh yang ada masaalah emosi, rumahtangga, keluarga dan sewaktu dengannya.

elak dera kanak-kanak

4. Belajar Untuk Faham/Bezakan Jenis Kecederaan.

Sama ada kesan cubit, kesan lebam sebab jatuh, benjol terhantuk dinding dan lain-lain. Kalau anda rasa terdapat penginayaan, jangan buat tuduhan melulu, SILA bawa anak untuk rujuk hospital/klinik untuk mendapatkan kepastian.

  • STOP hantar anak pada pengasuh yang Cuai.
  • STOP hantar anak pada pengasuh yang sambil lewa.
  • STOP hantar anak pada pengasuh bengis, garang atau jenis kurang bersabar.
  • STOP hantar anak pada pengasuh yang jenis tak sayang budak.
  • JIKA kecederaan berulang, anak asik cedera dll dinasihatkan anda untuk cari pengasuh lain yang lebih prinatin dan bertanggungjawap.
  • Bukan semua pengasuh jahat atau tak boleh pakai.

Kredit: Perkongsian daripada Auni Ameera.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini