•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Apa akan anda lakukan sekiranya isteri yang sedang mengandung meluahkan keinginannya untuk makan Nasi Lemak Pak Nasser yang hanya dijual di dalam penerbangan Air Asia. Perkara ini berlaku kepada seorang suami yang bernama Azham.

Buntu memikirkan cara mendapatkan Nasi Lemak Pak Nasser, Azham kemudiannya memuat naik di akauan twitter miliknya tentang keinginan isterinya itu dan mohon netizen memberikan maklumat dimanakah dia boleh mendapatkan nasi lemak tersebut.

Siapa sangka, ramai netizen yang langsung tidak dikenali bersedia membantu mendapatkan nasi lemak tersebut dari atas pesawat Air Asia. Dari petugas Air Asia sendiri sehingga kepada penumpang pesawat, masing-masing menunjukkan keikhlasan untuk membantu.

Tetapi menurut akaun twitter air asia, isterinya bukan mengidamkan Nasi Lemak Pak Nasir tetapi maksud tersiratnya adalah ingin terbang bercuti bersama air asia.

Hurmm.. Adakah itu maksud sebenarnya? Maaf wahai isteri kerana maksud anda tidak kesampaian untuk kami para suami memahaminya.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Baca juga  3 Daerah Pesisir Pantai Di Negeri Pahang Diramal Mengalami Air Pasang Besar Disember Ini.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini