Tular di media sosial sebuah restoran dengan persekitaran menarik dan mendamaikan di Pulau Pinang. Cafe Ombak Damai yang terletak di Gertak Sanggul, Pulau Pinang kini menjadi tular gara-gara perkongsian dari seorang blogger, Lan Careno.
Restoran yang terletak tidak jauh dari Teluk Kumbar ini telah lama beroperasi dan semakin mendapat perhatian disebabkan kawasan pantainya yang bersih. Namun begitu, pantai di sini dikatakan tidak sesuai sebagai tempat perkelahan.
Terdapat banyak menu yang boleh anda cuba di sini antaranya Char Koay Teaw, aneka makanan goreng panas, goreng pisang, coconut shake dan banyak lagi.
Antara menu popular di Cafe Ombak Damai adalah Laksa Tempurung. Namun terdapat juga netizen yang mempunyai pengalaman menikmati hidangan di sini menyatakan bahawa servis disini agak lambat. Mungkin ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh pemilik restoran ini.
Pada hujung minggu, suasana lebih meriah dengan adanya live band yang menghiburkan penonton.
Jika anda bercadang untuk makan dan bersantai di Cafe Ombak Damai, boleh gunakan applikasi Waze untuk membantu anda sampai ke sini dengan mencari lokasi Laksa Tempurung Ombak Damai.
Restoran Ombak Damai dibuka setiap hari.
Waktu urus niaga:
Isnin jumaat : 2.00pm – 7.30pm
Sabtu, Ahad, Cuti Umum 12.30pm – 7.30pm
Note: Laksa Tempurung mula beroperasi jam 3.30pm.