UPSR: 11 Langkah Kekalkan Prestasi Anak


Hari ini bermula pertarungan pertama anak-anak yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendak (UPSR). Kami faham, ibu bapa pasti berdebar apabila anak-anak menduduki peperiksaan besar pertama dalam hidup mereka.

Rutin ramai, sebaik anak-anak pulang selepas habis hari pertama UPSR, ibu bapa sebolehnya ingan bertanyakan “macam mana kertas tadi? Boleh jawab?”

Kami ingin kongsikan kelainan persoalan dan aktiviti daripada Dr.Rizal Abu Bakar sebaik sahaja anak-anak selesai menjawab kertas peperiksaan.

Waktu exam bukan waktu belajar lagi. Bukan berkaitan ‘masukkan’. Ia berkaitan apa yang mahu dikeluarkan.

11 Langkah Kekalkan Prestasi Anak

PERTAMA

Saya tidak tanya “macam mana exam tadi”. Walaupun mulut begitu gatal mahu bertanya tetapi kemam dahulu. Walau hari bergerutu mahu soal, urut dada dahulu.

Tanya pada Maryam khabarnya dahulu. Sebut wajahnya nampak manis macam selalu. Saya sebut perkara yang Maryam suka dengar.
.
Biarkan bola cerita pada Maryam. Dia akan bercerita tentang exam apabila dia bersedia.
.
KEDUA
.
Makan bersama anak. Saya hindari makanan ringan, makanan segera, minuman berwarna warni. Ubah kepada real food. Fokus pada makanan yang dapat beri booster nutrisi pada otak.

KETIGA
.
Pastikan Maryam mandi dan solat. Kalau sudah solat, saya minta Maryam untuk tidur sebentar. Sekitar 30 minit maksimum. Lebih dari ini akan undang letih badan, lesu, moody.
.
KEEMPAT
.
Saya sediakan program baca buku cerita. Main sudoku. Teka silangkata. Buat aktiviti Neurobics.
.
Detail Neurobics ada dalam buku Neurobics- 101 Tips Untuk Otak. Buku ini dalam proses percetakan. Setiap hari aktiviti yang berbeza.
.
KELIMA
.
Waktu petang adalah waktu Maryam berada di luar rumah. Samada berjalan atas treadmill, atau berkaki ayam di laman. Hanya berjalan. Siram pokok
.
KEENAM
.
Makan malam saya pastikan ada ikan. Ada sayur pelbagai warna. Bukan satu jenis sayur sahaja.
.
KETUJUH
.
Ulangkaji sedikit. Biasanya buat latihan sahaja. Atau aktiviti kukuhkan ingatan.
.
Buat mind-mapping. Beri Maryam lihat peta besar subjek esoknya.
.
KELAPAN
.
Tidur awal. Jam 9 atau usai solat Isya terus tidur. Waktu tidur inilah proses memori dikuatkan. Peta besar dari peta minda akan terpasak kukuh dalam pusat memori.
.
KESEMBILAN
.
Bangun awal. Lepas solat, lakukan Mental Imagery. Lihat peta besar semula.
.
KESEPULUH
.
Wajib bersarapan. Dalam sarapan mesti ada telur. Choline dalam telur penting untuk belajar. Mesti ada coco OCOC. Flavonoids, Niacin, Magnesium, Thiamin, Tryptophan, Terponoids antara bahan penting dalam coco OCOC yang puncakkan prestasi otak.
.
Pada sarapan ada buah. Antaranya pisang, avocado, mangga, jambu batu. Dielang selikan.
.
KESEBELAS
.
Bekalan di sekolah ialah kekacang dan air mineral. Pistachio, almond, brazilian nuts, macadamia adalah antaranya. Tidak banyak. Hanya segenggam. Jumlah itu sudah memadai.
.
Ini antara 11 langkah dalam program untuk Maryam. Fokus pada kekuatan OTAK. Pastikan nutrisi pada peringkat tertinggi.

Apa yang mahu dijelmakan sebagai jawapan. Apa yang dinantikan ialah hasil yang undang kuntuman senyuman.

Maryam ialah anak kepada Dr.Rizal dan telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun lepas. Berjaya memperoleh straight A’s walaupun Maryam bukanlah seorang ‘kaki studi’. Konsep studi 6-8 jam juga tidak diamalkan. Tuisyen sana sini juga bukan amalan.  Seminar UPSR hujung minggu juga tiada dalam jadual. Yang dilakukan hanyalah program 11 perkara seperti di atas.

Mungkin perkongsian ini boleh menjadi panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak sedang menduduki UPSR hari.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini