•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kebiasaannya bagi seseorang jaguh sukan untuk berpindah dari satu jenis sukan kepada sukan yang lain akan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan latihan yang dijalankan.

Inilah yang berlaku pada bekas jaguh pecut Olimpik 8 kali iaitu Usain Bolt, apabila beliau kini sedang bergelut untuk terus selari dengan sesi latihan kelab bola sepak A-League (Australia), Central Coast Mariners.

Usain Bolt, berusia 32 tahun yang telah bersara dari sukan lari pecut kini difahamkan sedang dalam proses percubaan untuk membuktikan bahawa diri beliau mempunyai pakej yang diperlukan bagi menandatangani kontrak sepenuh masa sebagai pemain bola sepak profesional.

Gambar : Australian Associated Press (AAP)

Walaubagaimanapun menghadapi sedikit kesukaran apabila terpaksa berhempas pulas menyesuaikan diri dengan latihan yang diberikan.

Namun begitu, Usain Bolt yang berkemungkinan diturunkan ke padang dalam posisi sayap kiri menjelang kemunculan pertamanya bersama kelab itu menentang Central Coast Select jumaat nanti.

For me, it’s the stop and go’s, the tick-tacks. Because I’m not used to picking up speed, going back down, up and down, up and down, back and forth, that’s the most challenging.

Gambar : Australian Associated Press (AAP)
Gambar : Australian Associated Press (AAP)

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa mungkin dipadang nanti akan ada banyak kesilapan yang dilakukan lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri tidak pasti apakah reaksi tubuhnya ketika bermain bola sepak.

Namun beliau memberi jaminan bahawa akan memastikan dirinya bermain bermain sedaya upaya.

Baca juga  Shopee anjur Match View perlawanan akhir piala dunia di GSC
Gambar : Australian Associated Press (AAP)

Meskipun berita kemunculan Usain Bolt didalam arena bola sepak ini dilihat sebagai sesuatu tanda yang positif buat diri beliau, terdapat beberapa orang pengkritik menyuarakan pendapat bahawa keupayaan Usain Bolt untuk menjadi seorang pemain profesional adalah sekadar gimik.

Gambar : Australian Associated Press (AAP)

Mike Mulvey selaku jurulatih Central Coast Mariners didalam satu sesi temu ramah memberi kenyataan balas, bahawa Usain mempunyai kemahiran asas. Justeru itu kelabnya sedia membuka peluang kepada jaguh pecut terpantas di dunia tersebut untuk membuktikan diri yang sebenar.

When you do track and field it’s virtually a straight line, and a track coach will never ask you to decelerate or accelerate the way that we do.

He is doing okay, he has rudimentary skills — it’s about doing it at the speed we need.

Untuk makluman, sebelum ini bekas jaguh Olimpik itu pernah berada dalam posisi pemain simpanan ketika perlawanan pra-musim menentang Newcastle Jets, manakala sepanjang minggu lepas pula difahamkan beliau telah bersama kelab Central Coast Mariners bagi menjalani beberapa siri latihan untuk menyesuaikan diri dengan posisi barunya itu.

Dijangka seramai 12,000 penonton bakal membanjiri stadium bagi menyaksikan kemunculan pertama Usain Bolt bermain bola dikhalayak ramai.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini