Ustaz Tawar Khidmat Solat Hajat Berbayar Jadi Viral..!


Sedikit masa dulu heboh diperkatakan tentang individu yang menawarkan khidmat doa di Masjidil Haram dengan mengenakan caj-caj tertentu bergantung kepada apa doa serta hajat pembayar. Tindakan individu ini banyak mendapat kecaman daripada masyarakat sehinggakan tokoh-tokoh agama dan menteri turut memberikan pendapat.

Individu ini dipersalahkan kerana menawarkan khidmat yang jarang ditawarkan itu sehingga ada yang menggelar beliau sebagai ‘penunggang agama’.

Ilustrasi gerakan sholat ; Ilustrasi sholat : takbir , ruku’, sujud, ; Fahmi sholat ; berdoa, tahiyat

Kini muncul pula seorang Ustaz menawarkan khidmat yang mirip seperti itu. Perkhidmatan ustaz ini sedikit berlainan apabila beliau menawarkan khidmat ‘solat hajat’ kepada yang memerlukan. Cajnya juga lebih murah iaitu bermula dari RM10 – RM70. Jika yang berhajat tidak mampu beliau menerima saja ‘derma’ dengan seikhlas hati.

Ustaz ini akan melakukan solat hajat berkenaan di rumah sendiri sekitar jam 2 hinga 3 pagi. Beliau mula melakukan perkhidmatan ini sejak tahun 2010 lagi katanya. Antara orang yang memerlukan bantuannya bersolat hajat adalah ibubapa yang anaknya sedang menghadapi peperiksaan dan yang mempunyai hajat-hajat baik yang tertentu.

Ustaz yang sedang berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah di Sungai Petani mula menjadi perhatian ramai apabila beliau mengiklankan perkhidmatannya ini. Malah promsoi yang dilakukannya itu agak bersungguh-sungguh apabila beliau mencetak dan mengedaran iklan-iklannya ke peti-peti surat rumah orang.

Ada yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau sehingga menggelar beliau sebagai penunggang agama. Merekea menganggap perkara ini sebagai tidak wajar dan boleh menimbulkan persepsi negatif kepada yang bukan Islam. Manakala bagi orang Islam sendiri, mereka akan nampak benda itu sebagai satu jalan mudah untuk mendapatkan wang.

Kami di Ohsempoi berpendapat perkara ini menjadi viral kerana Ustaz ini mengiklankan perkhidmatan tersebut. Itu yang menimbulkan persepsi negatif kepada masyarakat. Tindakan ini sama sahaja dengan khidmat doa di Masjidil Haram.

Harap ada pihak berwajib tampil menjelaskan perkara sebegini sebelum ramai lagi yang timbul dan menawarkan khidmat atas nama Islam.

Wallahua’lam..


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini