Subhanallah..! Takjub Sungguh Tengok Burung Tempua Ni Bina Sarang..!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Peribahasa melayu berbunyi:

Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

Tahukah anda apa maksudnya?

Burung Tempua ini biasanya membina sarang di atas pokok yang agak tinggi. Jika Burung Tempua membuat sarang di tempat yang rendah mesti ada sesuatu yang menyebabkan perkara itu terjadi. Jadi peribahasa tersebut membawa maksud pasti ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

Burung Tempua sangat terkenal dengan kemahirannya kerana yang membina sarang yang besar yang dijalin rapi daripada rumput dengan pelbagai bentuk bergantung kepada spesiesnya. Sarangnya mempunyai struktur besar yang boleh dimasuki berlindung dan berehat di dalamnya. ia juga bertelur dan membesarkan anak di dalam sarang tersebut.

Sarangnya yang berbentuk lonjong ke bawah dianyam daripada rumput dan ranting. Sarang yang diperbuat daripada helaian halus rumput yang dianyam dengan rapi membentuk struktur seperti kon yang tergantung dari dahan pokok.
Sarang bagi Burung Tempua jantan berbeza dari segi rekaannya, bentuk, struktur, dan saiz. Sarang Burung Tempua jantan mempunyai tempat bertenggek baginya menunjuk-nunjukkan dirinya, sementara sarang Burung Tempua betina mempunyai bahagian bawah yang melengkung bagi menyimpan telur.

Itu adalah fakta-fakta tentang Burung Tempua dan sarangnya. Namun pernahkah anda melihat sendiri bagaimana Burung Tempua yang dianugerahkan kelebihan dan kemahiran seorang arkitek pembinaan ini membuat sarangnya yang cantik tu?

Baca juga  Kisah Nabi : Aidiladha mengimbau pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

Video ini juga memberi kita ilham untuk berfikir akan kebesaran Pencipta Burung Tempua itu sendiri. Dialah yang memberi ilham dan ilmu kepada Burung Tempua untuk membina sarang yang begitu camtik dan sempurna. Moga kita termasuk dalam golongan “Ulil Albab” (orang-orang yang berfikir) yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al-Quran.

Video juga memberi pengajaran bahawa jika kita inginkan sesuatu, kita mesti berusaha dengan gigih. Tidak mustahil sesuatu yang kita inginkan itu akan menjadi realiti. Bukan senang ya Burung Tempua ini menganyam rumput dan ranting menjadi sebuah sarang yang baik. Tambah lagi ia hanya ada satu paruh sahaja untuk kerja-kerja itu. Kedua kakinya digunakan untuk berpaut pada ranting.

Kita yang serba lengkap anggota tubuh badan ini takkan tak boleh melakukan yang lebih baik daripada itu…!? Kita saja yang tak nak dan mencari alasan kan? Itulah pengajarannya. Kena setepek atas muka kita..!

Doa, Usaha, Istiqamah (tekun) dan Tawakkal (DUIT). Inilah punca kejayaan kita…!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini