Video Viral Cubaan Merogol Di Tandas Wanita Stesen Minyak Petronas Bukit Beruntong


Kepada wanita-wanita yang berhenti di stesen perhentian, baik di stesen minyak atau di stesen Rehat dan Rawat (RnR), sentiasalah beringat. Kalau boleh jangan pergi berserorangan, Pastikan ada yang menemani. Banyak kejadian yang tak diingini seperti merompak dan cubaan merogol yang berlaku sekarang.

Mereka ini semacam sudah tidak takut dengan undang-undang. Perasaan malu jauh sekali ada dalam diri. Mungkin juga ia disebabkan oleh pengaruh minuman keras ataupun najis dadah. Yang pasti kes-kes sebegini semakin meningkat dan mereka semakin berani.

Kes terbaru berlaku pada 16 September 2018 (2 hari lepas). Kami mendapat video yang sudah pun viral berdurasi 2 minit itu pagi tadi. Video dirakam oleh CCTV stesen minyak tersebut memperlihatkan seorang laki-laki dipercayai berbangsa melayu mengganggu seorang wanita di dalam tandas wanita.

Kelihatan seorang wanita keluar secara tergesa-gesa dengan ketakutan daripada tandas wanita dan seorang lelaki yang singgah untuk ke tandas masuk dan menangkap lelaki lain yang sedang berada di dalam tandas wanita tersebut. Kemudian kelihatan ramai orang yang singgah di stesen minyak tersebut turut menolong menangkap lelaki tersebut.

Kami sempat menjengah akaun twitter milik Fatin (@NadhirahHizam) yang menjelaskan peristiwa tersebut. Ini adalah posting beliau yang merupakan anak saudara kepada mangsa cubaan merogol tersebut di akaun Twitter yang berbentuk bebenang (thread):

Baca juga  5 Tips Elak Diri Dicabul Oleh Jiran.

Tolong lah berhati hati bila pergi tandas dekat stesen minyak atau R&R. Jangan pergi sorang sorang. Tolonglah ajak someone teman. Makcik aku hampir kena rogol. Ada lelaki dah ready tunggu dalam tandas sebelah lepastu dia terus lompat masuk tandas makcik aku. Hati hati korang.

Laki tu dah kena tangkap semalam. Kena tahan reman sekarang ni. Lelaki melayu umur 38 tahun. Ada bini dengan anak sorang. Dah ada bini pun menggatal lagi! Kesian bini dengan anak dia

Ohh lupa pulak. Tempat kejadian Petronas Bukit Beruntung.

Makcik terkejut gila tau-tau bunyi orang macam jatuh. Tau-tau mamat tu kat belakang dia dah. Mamat tu dah kena tangkap dah. Kena tahan reman sekarang.

Memang padan muka dia. Alhamdulillah makcik okay je takde pape. Cuma dia trauma sikit.

Bahayakan kan? Kami di Ohsempoi berharap supaya anda semua sentiasa berhati-hati. Semoga kita semua dilindungi daripada kes-kes yang tak diingini sebegini.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini