•  
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sempena hari Jumaat, penghulu bagi segala hari ni, ada baiknya kita berkongsi perkara kearah keagamaan sikit. Kami terpanggil untuk berkongsi tentang waktu yang mustajab doa pada hari Jumaat.

Waktu yang dimaksudkan adalah selepas Asar sehingga ke waktu Maghrib. Ini ada dijelaskan di dalam beberapa hadith yang sahih. Antaranya adalah 2 hadith masyhur ini:

Hadith 1

Dari Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda;
“Hari Jumaat (Siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yg tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu daripada Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada WAKTU AKHIR SETELAH ‘ASAR.”
(HR An-Nasai, Abu Daud). Daud).

Hadith 2

Juga berdasarkan hadis Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda:

“Carilah saat yang sangat diharapkan pada hari Jumaat, iaitu SETELAH ‘ASAR sampai tenggelamnya matahari.”
(HR At-Tirmidzi : Sohih; al Albani : Hasan).

Dalam hadith tersebut disebut secara jelas waktu mustajab doa (waktu yang sesuai dan diperkenankan doa) pada hari Jumaat iaitu selepas waktu Asar sehingga menjelang waktu Maghrib.

Saudara saudari pembaca yang budiman, waktu Asar ini singkat sahaja waktunya. Dan kebiasaannya waktu ini ramai diantara kita yang sedang sibuk. Samada sibuk nak balik dari tempat kerja, sibuk nak ambil anak dari sekolah, sibuk nak bermain bola dan sebagainya.

Baca juga  Cara Lafaz Niat Puasa Hari Arafah

Oleh itu, rebutlah waktu ini walau sesibuk mana sekalipun kita. Luangkankanlah masa hanya seketika untuk berdoa dan meminta apa yang kita mahukan. InsyaAllah Allah sedang mendengar.

Berdoa bukan semestinya kita perlu ke masjid atau berada di atas tikar sejadah bagai. Di mana-mana pun kita boleh berdoa. Sambil memandu, sambil membuat kerja dan sebagainya. Berdoalah dengan yakin yang Allah sedang mendengar untuk kabulkan permintaan kita.

Berdoa juga bukan perlu kita lafazkan dalam bahasa Arab siap dengan makhrajnya. Berdoa bukan perlu kita susun ayat untuk sedapkan bunyi seperti sasterawan negara. Berdoalah dalam bahasa mudah dan straighforward. Itu lebih senang dan selesa buat kita. Allah maha memahami…!

Berdoa ni adalah ibadat. Melakukannya balasan pahala buat kita. Dan berdoa ni Allah yang suruh dalam kitabNya Al-Quranul Kareem:

Jangan underestimate diri kita.. Sejahat mana pun kita.. Sebanyak mana pun dosa kita, keampunan dan kerahmatan Allah lebih besar daripada itu. Jika anda rasa bukan orang yang baik, berdoalah.. Mungkin doa ini menjadi titik tolak anda menjadi seorang yang baik.

Jom sama-sama kita amalkan berdoa selepas waktu Asar di hari Jumaat ini. Jangan lupa amalan sunat di hari Jumaat. Banyakkan Selawat dan sedeqah..!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini