Akibat Tidak Sensitif Dengan Isu Keagamaan


Akibat tidak sensitif dengan isu keagaaman, seorang Wanita menjadi kecaman netizen. Ini berikutan dengan perbuatannya memandikan anjingnya di bilik tukar lampin bayi di RnR Tapah arah selatan. 

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 3 pagi kelmarin.

Wanita ini bukan sahaja tidak sensitif malah degil apabila beliau telah pun dinasihati dan ditegur oleh beberapa individu yang melihat perbuatannya termasuk pekerja RnR. Namun teguran mereka tidak sedikit pun diendahkan atas alasan anjingnya bukanlah kotor sangat pun.

Berang dengan tindakan nya itu, seorang pelawat yang singgah di situ, Farah Shafiza Che Amat,29, telah mengambil keputusan untuk membuat ‘Live’ di akaun Facebooknya.

Berikutan dengan itu video tersebut telah menjadi viral dan mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada netizen.

Farah juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Sehubungan dengan itu, pujian patut diberikan kepada ihak PLUS atas tindakan pantas mereka bertindak selepas laporan dibuat. Satu kenyataan telah dikeluarkan PLUS dalam laman webnya memaklumkan persekitaran bilik tukar lampin bayi itu sudah disamak dan dibersihkan serta-merta supaya ia boleh terus digunakan oleh pelanggan.

PLUS melahirkan rasa kesal dengan kejadian terpencil berkenaan yang mana wanita terbabit tidak menghiraukan teguran petugas dan pelanggan yang menyaksikan kejadian itu.

PLUS juga menegaskan bahawa seluruh kawasan R&R di sepanjang lebuh raya adalah kawasan larangan haiwan peliharaan untuk memastikan kebersihan dan keselesaan pelanggan lebuh raya.

Diharap tiada lagi kejadian seperti ini di masa mendatang. Kerjasama kita semua sebagai pelanggan lebuhraya dalam mematuhi larangan terbabit amatlah perlu demi keselesaan orang yang lain.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini