Nama Nur Aliah Mohd Nor sudah tidak asing lagi bagi mereka yang selalu mencari tips untuk menjadi usahawan yang berjaya. Memiliki stokis hebat di bawah jenama Dexandra dan juga antara INFLUENCER berpengaruh di Malaysia, beliau selalu berkongsi tips-tips perniagaan berdasarkan pengalaman beliau.

Terbaru, wanita muda ini baru sahaja memiliki sebuah rumah sebagai aset pelaburan hasil daripada keuntungan berniaga. Siapa kata wanita muda tidak boleh berjaya di dalam bidang yang diceburi dan juga berjaya memiliki aset hartanah di waktu usia yang masih muda.

Kami kongsikan perkongsian oleh beliau, cara urus kewangan dengan betul supaya bila-bila nak beli rumah je, boleh terus beli dengan mudah dan senangnya.

1. Tak kisah kita buat bisnes part time atau full time, wajib daftar perniagaan sendiri dekat SSM. Sekarang nak daftar pon mudah, melalui online sahaja. Boleh rujuk link ini untuk tahu cara mudah daftar perniagaan di SSM :
👉🏻https://www.facebook.com/1385329669/posts/10217989494714028/?d=n

2. Lia buat bisnes umur 23 tahun dah daftar SSM, masa itu baru enterprise. Then belajar dengan Ibu Hanim, Ibu pesan “sayangggg tukar Sdn Bhd cepat”. Then balik kelas tak fikir apa terus upgrade ke Sdn Bhd.

3. Jangan guna ‘saving account’ untuk perniagaan. Berkemungkinan boleh kena block dengan bank. Jadi solusinya bukalah ‘current account’ perniagaan walaupun kita masih enterprise. 

4. Lagi pula sekarang kalau nak buka current account dengan Maybank dah mudah dan cepat tanpa perlu introducer. Korang boleh buka akaun #MaybankSME melalui online je! Klik link ini
👉🏻 https://mybk.co/2P7i8Zd

5. Sentiasa simpan duit dari hasil perniagaan yang kita dapat itu di mana-mana bank simpanan kita, walaupun RM100 – RM300. Biar sikit, tetapi konsisten menyimpan. 

6. Walaupun bisnes kecil, bank tetap ambil kira. Sebab bank suka tengok bila ada transaksi duit keluar masuk. Baru la nampak akaun bank kita itu aktifkan.

7 . Wajib rekod dengan baik setiap kali dapat duit secara tunai (cash) dari customer. Contoh kalau kita buka booth, Lia akan bankin duit setiap hari di bank. Kalau kita ada kiosk, kumpulkan seminggu duit di kiosk dan kemudian bankin duit tersebut. 

8. Sama juga kalau kita dapat duit over time (OT), simpan duit itu dalam bank kita. Ianya penting sebab bank akan pandang duit itu sebagai pendapatan kita untuk bulan itu (monthly income).

9. Sebelum nak beli rumah, Lia banyak tanya pendapat dari mentor hartanah. Ramai yang nasihat untuk rumah pertama dan ke-2 beli untuk investment. Jadi Lia ni memang suka follow nasihat dari otai otai hartanah ni. 

10. Tetapi, walaupun kita nak cari rumah untuk investment contohnya sewa, atau buat homestay, kena bandingkan daripada segala aspek. Banyakkan buat research, tanya orang yang berpengalaman, sampai kita betul-betul yakin untuk buat keputusan dan pilihan yang terbaik. 

Baca juga  Tips Dan Panduan Memilih Car Seats Untuk Anak

11. Banyakkan buat simpanan dan pergi melabur di instrument yang diyakini untuk kembangkan duit kita. Contohnya boleh simpan dekat ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Emas, tabung-tabung di rumah dan sebagainya.

12. Supaya kita nak simpanan kita cukup kuat. Asingkan sekurang-kurangkan 10% daripada pendapatan untuk simpanan masa depan. Kalau tak mampu simpan 10%, simpan RM100 pon boleh janji ianya konsisten setiap bulan.

13. Cari ejen hartanah yang trusted dan boleh bantu kita dapatkan “lokasi booster” rumah yang terbaik untuk kita buat investment. Nak cari ejen yang trusted, pastikan ejen hartanah itu berdaftar secara sah dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA).

14. Selain beli rumah secara subsale, kalau nak beli ‘rumah baru’ pon boleh. Cari developer yang boleh tanggung kos lawyer, dapat rebate 10% dan cuma bayar downpayment 1% sahaja. 

15. Kalau nak beli rumah pada harga murah, cari developer yang baru pecah tanah. Confirm memang murah untuk kita beli! But yet, still kena banyak kaji selidik, rajin buat survey dan tanya otai-otai hartanah sebelum buat apa-apa bayaran.

16. Cari 3 lokasi yang berhampiran, jenis dan harga rumah pon lebih kurang sama. Kena rajin sikit buat kira-kira, untuk pastikan kita tak tersalah langkah masuk rumah.

17. Kena rajin cek website hartanah seperti mudah.my, iProperty, Propertyguru, Hartabumi, Propwall dan sebagainya. Dengan website ini ianya akan menjadi panduan untuk kita yang tengah cari rumah dan sedikit sebanyak boleh belajar ilmu hartanah juga.

18 . Fokus untuk banyakkan sedekah dan zakat. Ni la rahsia untuk kekal lama dalam bisnes! Utamakan hak Allah dahulu. Bila kita lambat tunaikan hak Dia, jangan pelik kalau hak yang kita nak Dia tak selesaikan. 

19. Caranya fokus kepada berapa zakat yang kita akan keluarkan. Kalau kita nak sales RM100,000 setiap bulan, profit 50% iaitu RM50,000, jadi fokus 2.5% daripada profit yang kita nak dapat itu. Jadi wajib tunaikan hak Dia RM1,250 bayar zakat.

20 . Tanamkan azam dan usaha 100% setiap tahun kita sekurang-kurangnya nak ada 1 hartanah, sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau anak-anak. Sebab hartanah ini untuk long term investment. Lagi satu, hartanah ini juga boleh diwariskan.

21 . Lia teringat masa Lia umur 20 tahun sedang belajar di diploma UiTM Arau, selalu berangan nak ada rumah sendiri dan nak sewakan dekat student-student yang tak dapat kolej. Di sebabkan angan-angan mat jenin Lia itu, Alhamdulillah Allah izinkan untuk Lia miliki shoplot untuk bisnes dan rumah untuk di sewakan sebelum umur 30 tahun. 

Kami doakan supaya Lia ini terus berjaya dan memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana.

Tiada yang mustahil dengan usaha bersungguh-sungguh tanpa jemu! Yosh!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini