Musim Peperiksaan bermula lagi. Anak-anak yang terlibat dengan peperiksaan memang tak senang dukuklah sekarang ni. Nak-nak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Hari ni sedang berlangsung Peperiksaan Percubaan UPSR untuk anak-anak darjah enam.
Mesti segala usaha dah anak-anak lakukan sebagai persediaan peperiksaan ini. Mak dan ayah pula mesti dah sediakan segalanya termasuk menghantar tusiyen dan sebagainya supaya anak cukup bersedia untuk peperiksaan.
Jadi masing-masing hanya pasrah jer lah sekarang ni. Usaha dah buat. Jadi tawakkal sahajalah. Buat jer setakat yang termampu. Namun doa jangan putus-putus tau.
Ni ada seorang bapa yang kongsikan zikir dan doa yang boleh ibubapa amalkan sewaktu anak-anak sedang berjuang dalam dewan peperiksaan. Korang bolehlah amalkan. InyaAllah berkat keagungan ayat-ayat Al-Quran dan nama Allah (Asmaul Husna), anak-anak kita akan dilapangkan oleh Allah fikiran mereka untuk menjawab soalan peperiksaan di depan mereka. Ameen Ya Rabbal ‘Aalameen.
Ini ringkasan penulisan bapa tersebut:
Zikir Ibubapa sewaktu anak sedang dalam dewan peperiksaan
Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang menjalani peperiksaan..
Allahumma
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid (40 kali)
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik
Allahumma –
Ya zohir (40 kali)
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan
Allahumma
Ya Fatah (40 kali)
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul
Allahumma
Ya Baari’ (40x)
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu
Ya Hadi.
Aku yaqin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya..
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam zikirlah sepanjang anak exam tersebut. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak-anak dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau wudhuk batal takpe..
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Korang boleh kongsi tips ini kepada saudara mara dan rakan taulan korang. Moga sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian kita.