10 Ciri Perempuan Psiko Yang Perlu Dielakkan

Young adult psycho girl sitting on the floor, blue and green toning

Perempuan adakalanya mempunyai waktu-waktu muram yang tidak disangka-sangka dimana keadaan ini selalunya mudah difahami oleh kaum lelaki apabila ia dikaitkan dengan situasi datang bulan.

Apabila tibanya saat ini, kaum lelaki haruslah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menaikkan amarah mereka, sebaliknya mereka perlu dilayan bak puteri kerana sedikit kesilapan yang wujud mampu mengundang padah.

Namun begitu, disebalik berlakunya situasi “datang bulan” dalam kehidupan kaum wanita, perlu dinasihatkan juga kepada kaum lelaki untuk berwaspada kepada wanita-wanita yang mempunyai ciri-ciri bermasalah (psiko). Ini kerana melalui permasalahan sebegini, ianya secara tak langsung mampu menjadi asbab kepada masalah rambut gugur.

Ciri-ciri wanita psiko

  1. Si dia mengetahui rahsia peribadi anda, walaupun anda tidak pernah sesekali bercerita mengenainya.
  2. Si dia memperkenalkan diri pada keluarga tanpa izin anda terlebih dahulu.
  3. Si dia memegang password dan mengawal segala aktiviti anda di laman Facebook atau Twitter.
  4. Si dia suka datang buat “spotcheck” di tempat anda melepak secara tiba-tiba.
  5. Si dia selalu mengancam untuk membunuh diri sekiranya anda secara tidak sengaja buatkan dia sedih.
  6. Si dia enggan putuskan hubungan walaupun dia telah berlaku curang.
  7. Si dia selalu selalu memarahi anda secara tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah.
  8. Si dia suka berpura-pura sakit semata-mata inginkan perhatian anda.
  9. Si dia suka memakai baju dan seluar anda tanpa sebab.
  10. Si dia akan sentiasa menghubungi anda setiap jam untuk bertanya dengan siapakah anda keluar.

2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini